Bagaimana Mengurangkan Rasa Panik Semasa Menulis Tesis | SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
» ARTICLE » Bagaimana Mengurangkan Rasa Panik Semasa Menulis Tesis

Bagaimana Mengurangkan Rasa Panik Semasa Menulis Tesis

Menulis tesis boleh menjadi suatu tugasan yang berat jika minda kita tidak bersedia dan kurang perancangan. Bagi pelajar siswazah, ia adalah masalah yang besar kerana ia menyukarkan mereka untuk mula menulis.

Bagi mengatasi masalah rasa panik dengan tesis di saat-saat akhir, ikuti langkah-langkah di bawah:

Langkah #1: Tetapkan matlamat-matlamat yang mudah untuk dicapai

Apabila bahagikan matlamat-matlamat (gol) kepada beberapa bahagian kecil, kita tidak mudah berasa tertekan dengan tugasan yang diberikan. Sesetengah orang lebih selesa menyiapkan bahagian mudah dahulu baru bahagian yang lebih sukar ataupun sebaliknya. Ikut keselesaan anda.

Langkah #2: Teruskan menulis

Adakalanya kita memikirkan idea sehingga kita belum mula untuk menulis. Sebenarnya, sekiranya ada mula menulis, kebiasaanya idea baharu akan datang mencurah-curah degan sendiri dan seterusnya anda dapat rentak untuk terus menulis sehingga selesai. Selain itu, melukis rajah juga membantu untuk menjana idea.

Jika anda sudah mula menulis, jangan berhenti untuk betulkan setiap perkataan yang anda tulis kerana ini akan melambatkan anda. Sebaliknya, habiskan satu bahagian sebagai draf terlebih dahulu baru sunting semula agar dapat mengurangkan tekanan menulis.

Langkah #3: Tetapkan tarikh untuk mula dan tarikh akhir untuk siapkan tesis

Sentiasa bersiap sedia dengan tarikh akhir untuk menghantar tesis anda. Oleh itu, tetapkan tarikh mula untuk membuat tesis yang realistik. Jika bilangan patah perkataan yang diperlukan adalah banyak, maka anda perlu tetapkan tarikh mula untuk membuat tesis adalah lebih awal.

Tetapkan matlamat-matlamat yang perlu dicapai sepanjang tempoh menyiapkan tesis serta tarikh yang perlu disiapkan bagi setiap matlamat itu. Sebagai contoh, menjalankan penyelidikan kualtitatif, menyertai perbincangan dengan kumpulan, perjumpaan dengan penyelia dan juga persiapan bahagian dalam tesis seperti draf pengenalan, isi kandungan dan kesimpulan. 

Bagi tarikh akhir untuk siapkan tesis, pastikan ia awal 2 hari sebelum tarikh sebenar menghantar tesis supaya anda ada banyak masa untuk semak semula hasil kerja anda dan melakukan pembetulan.

Langkah #4: Mendapat maklum balas

Mendapatkan maklum balas adalah salah satu cara yang sesuai untuk kita lebih bersedia dengan pembentangan yang sebenar. Anda boleh menyuruh rakan-rakan dan juga penyelia untuk menyemak hasil kerja anda dan memberi cadangan penambahbaikan atau komen.

Langkah #5: Menarik Nafas

Sekiranya anda menjadi takut atau berasa panik, ambil masa untuk menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Kemudian ulang sehingga anda berasa lega. Hal ini adalah normal dan biasa berlaku dalam kalangan pelajar. Oleh itu, anda perlu juga sentiasa mengambil masa untuk berehat dan menenangkan fikiran beberapa ketika seperti melakukan aktiviti riadah atau bersenam. Selitkan aktiviti ini sepanjang proses menulis thesis kerana fizikal yang cergas dapat mencerdaskan minda anda untuk menghasilkan idea-idea yang baik.

 

Date of Input: 28/09/2018 | Updated: 08/10/2018 | azimin

MEDIA SHARING

SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389464225
0389464232
C1542167134