Faedah-Faedah Menyertai Program Kerjasama Antarabangsa UPM (UPM-ICP) | SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
» ARTICLE » Faedah-Faedah Menyertai Program Kerjasama Antarabangsa UPM (UPM-ICP)

Faedah-Faedah Menyertai Program Kerjasama Antarabangsa UPM (UPM-ICP)

Dengan menyertai program kolaborasi antarabangsa UPM (UPM-ICP), anda berpeluang untuk belajar di universiti yang mempunyai kedudukan 100 teratas di dunia. Terdapat 27 program ijazah pascasiswazah untuk anda pilih. Kesemuanya diiktiraf di peringkat antarabangsa. Antara model program ini adalah Dual Degree, Jointly Awarded Research Degree, Double Postgraduate Degree dan Joint Supervision (Cotutelle). Terdapat pelbagai faedah akan diperolehi jika menyertai program UPM-ICP . Antaranya adalah seperti berikut:

1. Penjimatan Kos Sehingga 70%

Anda boleh mendapat pendidikan bertaraf dunia dengan penjimatan kos pengajian sehingga 70% berbanding dengan mengambil 2 ijazah sepenuh masa.

2. Ijazah dari 2 Universiti Terbaik

Pelajar yang mengikuti program Dual Degree dan berjaya menghabiskannya akan dianugerahi 2 ijazah, 1 dari setiap universiti. Manakala bagi pelajar yang mengikuti program Jointly Awarded Research Degree dan menghabiskannya akan dianugerahi 1 sijil yang mengandungi 2 logo dari universiti yang berbeza. Masa yang diperlukan untuk mendapat sijil tidak lama seperti mengambil 2 ijazah secara berasingan.

3. Diselia oleh Pakar dari 2 Universiti

Pelajar akan dibimbing oleh jawatankuasa penyeliaan bersama, yang terdiri daripada ahli akademik dari kedua-dua universiti. Mereka boleh mendapat persepektif berbeza daripada kedua-dua penasihat akademik.

4. Dapat Menggunakan Fasiliti Bertaraf Dunia

Pelajar dapat menggunakan kemudahan dan fasiliti serta boleh terlibat dalam aktiviti-aktiviti pelajar di kedua-dua universiti sepeti pelajar biasa.

5. Dapat Membina Rangkaian

Pelajar dapat membina rangkaian yang lebih besar dengan menyertai program ini. Mereka boleh berjumpa dengan pakar-pakar di luar negara mahupun kawan-kawan baharu dan belajar perkara baru daripada mereka. Ini amat berguna untuk pembangunan kerjaya akademik mereka pada masa depan.

6. Pengalaman dan Latihan Berbeza (perenggan memeningkan – help me,nyny)

Pelajar boleh mendapat pengetahuan, latihan dan pengalaman berharga dari kedua-dua persekitaran semasa ditempatkan di mana-mana universiti yang dipilih oleh para pelajar. Di samping itu, mereka akan terdedah dengan budaya penyelidikan antarabangsa. Kemahiran yang dikecapi semasa berkerjasama dengan pelajar dan penyelia dari latar belakang yang berbeza daripada diri anda sendiri merupakan cara yang baik untuk mengembangkan sikap keterbukaan.

Proses Aplikasi Dual/Joint Degree

  • Hantar pertanyaan ke Sekolah Pengajian Siswazah : saiful@upm.edu.my
  • Mengenalpasti bakal penyelia dari kedua-dua universiti
  • Muat turun borang aplikasi dari laman sesawang SGS
  • Hantar permohonan yang lengkap ke saiful@upm.edu.my

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 28/09/2018 | Updated: 08/10/2018 | azimin

MEDIA SHARING

SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389464225
0389464232
C1542166935