Memilih Topik PhD | SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
» ARTICLE » Memilih Topik PhD

Memilih Topik PhD

Tidak mudah untuk memilih topik penyelidikan yang sesuai bagi pelajar PhD. Topik yang dipilih akan membentuk perjalanan penyelidikan anda. Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda untuk memilih topik penyelidikan untuk PhD anda:

1. Pilih topik PhD tesis yang anda betul-betul minat kerana anda akan meluangkan masa yang lama dengan penyelidikan berkaitan subjek anda. Memilih topik yang diminati akan memudahkan anda membuat kajian mengenainya. Anda akan lebih mudah membaca dan menulis tentang topik anda ketika menyiapkan penyelidikan anda.

2. Baca disertasi yang telah diterbitkan berkaitan untuk mendapatkan idea dan gambaran topik yang anda bakal tentukan. Melalui pembacaan disertasi penyelidik lain, anda juga dapat mengenalpasti masalah atau isu yang belum diutarakan yang anda boleh kembangkan lagi untuk mendapat satu penyelesaian.

3. Dapatkan nasihat daripada penyelia sebelum memilih topik PhD tesis kerana mereka boleh memberi cadangan yang baik agar ia lebih signifikan dari segi akademik. Setelah mengambil kira cadangan penyelia, anda boleh mengeluarkan topik yang menarik.

4. Pastikan topik PhD tesis anda jelas, sesuai, menarik dan mengikut trend agar proses menyiapkan disertasi anda berjalan dengan lancar. Selain dapat menarik minat pembaca, lebih mudah untuk dapatkan sumber rujukan jika anda tentukan topik yang mengikut trend.

Date of Input: 28/09/2018 | Updated: 08/10/2018 | azimin

MEDIA SHARING

SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389464225
0389464232
C1542166876