Tips Mencari Penyelia | SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
» ARTICLE » Tips Mencari Penyelia

Tips Mencari Penyelia

Mendapatkan seorang penyelia adalah suatu kemestian sebelum memulakan perjalanan sesuatu penyelidikan bagi seorang pelajar siswazah. Hubungan dengan penyelia serta pemilihan penyelia yang tepat boleh menjadi faktor kepada kejayaan pengajian seseorang pelajar Master (penyelidikan) mahupun PhD.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencari penyelia adalah seperti berikut:

1) Buat senarai pendek bakal penyelia agar boleh membuat perbandingan sebelum memilih yang sesuai. Mulakan pencarian dengan melawati senarai nama pakar bidang mengikut fakulti/institute di pautan berikut:
http://sgs.upm.edu.my/programme_of_study/programme_by_research_phd_master-4568

2) Kaji latar belakang setiap pakar bidang itu. Anda boleh mencari maklumat berkenaan pensyarah dengan menekan pautan pada nama mereka atau pergi ke laman web Fakulti/Institut mereka untuk melihat CV dan senarai paper yang mereka terbitkan.

3) Antara ciri yang perlu diambil kira ketika membuat kajian latar belakang penyelia adalah seperti ; penyelia itu mengajar/membuat penyelidikan dalam bidang yang kita pilih, mereka pernah menyelia ramai pelajar sebelum ini, aktif dalam penyelidikan dan juga aktif dalam menerbitkan manuskrip.

4) Sebelum berjumpa dengan pensyarah pilhan, anda digalakkan untuk menghantar emel kepada mereka terlebih dahulu. Berikut merupakan garis panduan menghantar emel kepada pensyarah pilihan anda:

  • Gunakan panggilan yang sesuai mengikut taraf pendidikan ataupun gelaran tertinggi pensyarah tersebut sebagai tanda penghargaan dan panggilan hormat. Contohnya, menggunakan panggilakan yang betul seperti Dr. atau Prof.
  • Jangan jadikan emel terlalu panjang. Memadai dengan 3 perenggan dan tidak lebih daripada 250 patah perkataan. Gunakan perkataan yang lengkap dan penuh serta semak ejaan.
  • Penting untuk perkenalkan diri anda dahulu. Nyatakan tahap degree dan juga bidang penyelidikan anda. Maklumkan juga bahawa anda telah memenuhi syarat-syarat kemasukan seperti CGPA dan sebagainya. Kepilkan juga Curriculum Vitae anda.
  • Nyatakan kenapa anda berminat dengan pengajian siswazah serta pengalaman dalam penyedikan dan kemahiran analitikal (jika ada).
  • Nyatakan sebab dan alasan anda memilih pensyarah itu, kenapa anda meminati bidang yang anda pilih dan sesuaikan dengan artikel yang telah diterbitkan oleh pensyarah tersebut.

5) Jumpa bakal penyelia anda. Penting untuk berjumpa mereka sebagai tanda kesungguhan dan menunjukkan minat untuk bekerjsama dengan mereka. Jika anda tinggal berjauhan, cuba kekalkan hubungan personal melalui telefon, emel ataupun persidangan video.

6) Langkah akhir, jangan lupa untuk letak nama pensyarah yang anda pilih sebagai penyelia itu dalam portal pelajar (iGIMS).

 

 

 

Date of Input: 28/09/2018 | Updated: 08/10/2018 | azimin

MEDIA SHARING

SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389464225
0389464232
C1542167099