Tips Untuk Membantu Pengajian Pelajar PhD | SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
» ARTICLE » Tips untuk Membantu Pengajian Pelajar PhD

Tips untuk Membantu Pengajian Pelajar PhD

PhD merupakan peringkat tertinggi dalam pengajian, dan ia bukan mudah untuk dilalui. Cabaran-cabaran yang mendatang adalah sebahagian proses dari perjalanan penyelidikan anda. Semuanya akan menjadi manis apabila anda berjaya dalam keputusan akhir anda (dissertation) kerana ia merupakan satu pencapaian yang besar dalam hidup anda.

Antara tips yang dikongsi oleh graduan PhD :

Tip #1:  Bina rangkaian kawan di jabatan anda

Membina rangkaian persahabatan dapat membantu anda menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang. Rangkaian ini boleh djadikan sebagai kumpulan menulis/writing circle yang boleh memberi kritikan dan pandangan terhadap hasil kerja anda dan juga sebagai sumber dorongan. Selain itu, anda akan menjadi lebih seronok dan dapat mempelajari perkara-perkara baru daripada mereka serta berkongsi idea.

Tip #2: Tulis dengan kerap

Jadikan kerja menulis sebagai satu rutin yang kerap dilakukan seawal anda mulakan PhD. Anda boleh menulis secara konsisten seperti ringkasan idea atau nota dari apa yang anda baca, sama ada secara harian atau mingguan. Ini digalakkan supaya anda dapat mengasah kemahiran menulis sebelum tiba masa menulis kertas kerja yang sebenar. Anda juga boleh menggunakan bahan-bahan penulisan anda selama ini untuk menulis abstrak atau proposal. Dengan praktis anda akan menjadi lebih mahir. Walaubagaimanapun, dapatkan maklum balas juga penting untuk memperbaiki kemahiran menulis kita.

Tip #3Pergi ke persidangan

Dengan menghadiri persidangan, anda berpeluang untuk mempelajari kemahiran,taktik, idea-idea yang baru dalam suasana baharu serta dapat melihat pandangan yang berbeza mengenai bidang anda. Selain berpeluang mempelajari jenis peralatan baharu dan data yang belum diterbitkan, ia juga boleh membantu anda dalam membina rangkaian persahabatan dengan kumpulan penyelidik yang sama dalam bidang kita. Selain itu, menyampaikan pembentangan dalam persidangan juga membantu anda untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada pakar dan orang lebih berpengaruh dalam bidang anda.

Tip #4: Bina Jadual 

Membina jadual tentang perancangan untuk menulis thesis dapat menjadikan kerja-kerja lebih sistematik. Apabila anda mematuhi jadual yang ditetapkan, lama-kelamaan anda akan semakin biasa dan menjadi lebih disiplin. Selain itu, ia akan menjadi rutin dan seterusnya dapat mengurangkan tekanan kerana berasa lebih mudah untuk mencapai satu-satu matlamat berdasakan jadual yang dibina.

Tip #5: Sampaikan pembentangan selagi ada peluang

Praktis untuk menyampaikan pembentangan secara umum kerana ia dapat menjadikan anda lebih mahir dan membina keyakinan diri. Di UPM, anda boleh libatkan diri dengan pertandingan 3 Minit Tesis (3MT) yang dianjurkan oleh fakulti/institute sebelum mara ke peringkat university, negara dan seterusnya Asia-Pasifik.

Tip #6: Baca di luar topik penyelidikan anda

Pada permulaan PhD anda, anda harus membaca baca mengenai topik anda dan juga yang berkaitan dengannya agar anda jelas tentang gambaran keseluruhan bidang penyelidikan anda. Selain itu, anda harus memahami semua penyelidikan penting yang telah dilakukan.

Mempuyai pengetahuan yang luas dalam bidang anda boleh membantu anda untuk berfikir di luar kotak dan memudahkan anda untuk memahami sesuatu pembentangan dalam persidangan dan juga boleh dijadikan modal untuk berbual dengan para penyelidik yang lain.

Selain itu, Anda akan tahu cara untuk mengembangkan skop penyelidikan dan juga mengelakkan anda daripada mengulangi penyelidikan yang telah dibuat.

Tip #7: Ajar dan Selia Pelajar

Mengajar dapat memberi ganjaran yang besar kepada diri anda, dari segi menambah ilmu dan kemahiran kita serta dapat mengembangkan persepektif dalam bidang anda terutamanya  apabila menyelia tesis pelajar.

 

Date of Input: 28/09/2018 | Updated: 08/10/2018 | azimin

MEDIA SHARING

SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389464225
0389464232
C1542166908