Tips Untuk Meningkatkan Kemahiran Menulis | SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
» ARTICLE » Tips untuk Meningkatkan Kemahiran Menulis

Tips untuk Meningkatkan Kemahiran Menulis

Menulis di peringkat pascasiswazah boleh menjadi perkara yang sukar bagi sesetengah pelajar. Tips berikut boleh membantu anda menulis dengan lebih baik. 

1. Belajar daripada yang Terbaik

Cara untuk mengetahui cara menulis yang lebih tepat adalah dengan membaca hasil terbitan daripada pakar dalam bidang anda. Anda boleh pergi ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad untuk mendapatkan jurnal dalam bidang anda dan mengenal pasti teknik penulisan mereka seperti cara menerangkan sesutu konsep. Di samping itu, UPM juga mempunyai banyak jurnal yang telah diterbitkan. Sila layari laman web Pertanika untuk mendapatkan artikel jurnal :  http://www.pertanika.upm.edu.my/

2. Banyak membaca

Semakin banyak anda membaca, semakin mahir anda menulis. Anda juga akan dapat mengenali terminologi yang anda tidak biasa dengar serta maksudnya. Seterusnya, anda boleh menggunakannya sebagai pilihan perkataan ketika menulis nanti. Dengan itu, hasil penulisan anda akan kelihatan lebih asli dan menarik.

3. Berjumpa dengan pelajar yang mahir dalam penulisan

Anda boleh berjumpa dengan penerima geran, penerima anugerah kecemerlangan dari universiti, atau kawan anda yang mahir. Apabila anda mendekati mereka dan belajar bersama-sama, ia boleh membantu anda meningkatkan kemahiran menulis serta memperoleh pengetahuan baharu melalui pengalaman mereka. Anda juga boleh bertukar-tukar pandangan dan bersoal jawab dengan mereka untuk menambah lebih banyak ilmu pengetahuan.

4. Dapatkan bahan-bahan belajar dari program Sekolah Pengajian Siswazah

Putra Sarjana, di bawah naungan Sekolah Pengajian Siswazah ada menawarkan seminar-seminar bagi mempertingkatkan kemahiran menulis pelajar siswazah. Program- program ini sangat membantu kerana ia adalah kemahiran yang setiap pelajar siswazah perlu ada. Selain boleh mendapat nasihat dan tunjuk ajar daripada penceramah, anda juga berpeluang untuk bertanya dengan mereka mengenai sebarang keraguan atau persoalan-persoalan yang berkaitan. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai seminar Putra Sarjana yang akan datang, layari www.sgs.upm.edu.my atau www.facebook.com/sgsupm

5. Ikut arahan yang diberikan

Patuhi arahan yang telah diberikan dalam penulisan thesis seperti menulis bilangan muka surat dengan betul, menjawab soalan, format yang betul dan sebagainya.

Date of Input: 28/09/2018 | Updated: 08/10/2018 | azimin

MEDIA SHARING

SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389464225
0389464232
C1542167096