Tips Untuk Menulis Cadangan Penyelidikan | SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
» ARTICLE » Tips untuk Menulis Cadangan Penyelidikan

Tips untuk Menulis Cadangan Penyelidikan

Tujuan cadangan penyelidikan ditulis adalah untuk membincangkan dan menjelaskan mengapa masalah penyelidikan tertentu perlu dikaji serta menunjukkan pilihan praktikal di mana kajian itu perlu dilakukan. Cadangan penyelidikan penting kerana ia menjadi salah satu elemen utama dalam penilaian kajian anda. Ia juga menjadi rangka perancangan yang dilakukan oleh penyelidik sebelum penyelidikan sebenar dijalankan. Berikut antara tips untuk menulis cadangan penyelidikan anda dengan cepat:

1. Objektif Cadangan Penyelidikan yang Sesuai:

Kebiasaanya objektif akan ditentukan selepas penyelidik merumuskan soalan-soalan penyelidikannya. Objektif ini akan menentukan hala tuju kajian dan akhir kajian, penyelidik perlu merujuk kembali kepada objektif bagi menentukan sama ada kajian telah terlaksana dengan jayanya. Objektif cadangan penyelidikan yang baik hendaklah lengkap, ringkas dan khusus. Ia juga harus jelas dan berkaitan dengan pernyataan masalah.

2. Semak Cadangan Penyelidikan

Cadangan penyelidikan yang dihantar tidak seharusnya mempunyai kesalahan-kesalahan kecil seperti meninggalkan senarai rujukan atau mempunyai senarai rujukan yang tidak berkaitan. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, anda harus baca dan ikuti garis panduan yang telah ditetapkan sebelum mula menulis draf cadangan penyelidikan. Selain itu, semak semula cadangan penyelidikan anda supaya boleh mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang terdapat didalamnya. Untuk mendapat pandangan yang lebih bagus? Minta rakan anda yang berpengalaman untuk menyemaknya dan minta pendapat mereka. Lagi banyak pendapat yang anda terima, lagu bagus dan berkualiti.

3. Tulis Ayat-ayat yang Memberi Impak

Cara untuk menarik perhatian pembaca dengan mudah adalah dengan menulis ayat-ayat yang memberi impak pada awal cadangan penyelidikan. Jadikan ia mudah untuk difahami yang boleh mempamerkan minat anda terhadap projek anda supaya pembaca akan mahu meneruskan pembacaan.

4. Tajuk yang Jelas

Tajuk cadangan penyelidikan yang baik dapat  menggambarkan matlamat kajian anda. Anda harus memilih tajuk yang jelas agar ia mudah untuk difahami oleh semua pembaca secara amnya. Pastikan tajuk yang dipilih menarik perhatian pembaca kerana tajuk yang menarik memberi tanggapan pertama tentang isi kandungannya. Selain itu, anda seharusnya pilih tajuk yang akan merangkumkan objektif utama penyelidikan kepada beberapa perkataan sahaja.

Gunakan perkataan deskriptif yang sesuai seperti mengandungi kata kunci yang boleh digunakan dalam manuskrip dan boleh menentukan jenis kajian anda. Fikirkan tentang istilah yang akan digunakan oleh orang untuk mencari kajian anda dan masukkannya dalam tajuk anda. Elakkan juga perkataan dan jargon yang tidak perlu kerana boleh mengelirukan pembaca.

 

Date of Input: 28/09/2018 | Updated: 08/10/2018 | azimin

MEDIA SHARING

SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389464225
0389464232
C1542167137