Tips Untuk Pelajar Antarabangsa Yang Ingin Belajar Di Malaysia | SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
» ARTICLE » Tips untuk Pelajar Antarabangsa yang Ingin Belajar di Malaysia

Tips untuk Pelajar Antarabangsa yang Ingin Belajar di Malaysia

Adalah suatu kebiasaan kepada pelajar antarabangsa yang belajar di Malaysia berasa gementar berada di luar negara asal mereka dan berjauhan dari keluarga. Namun, apabila sudah mula bergaul dengan pelajar tempatan dan mendapat kenalan, barulah perasaan takut dan gementar akan hilang dan mula berasa selesa dan boleh menyesuaikan diri sebagai pelajar antarabangsa yang belajar di Malaysia. 
Bagi sesetengah pelajar baharu, kejutan budaya pasti akan datang apabila mula belajar di negara asing khususnya, di Malaysia. Berikut adalah petua untuk pelajar baharu antarabangsa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di Malaysia.

1. Meluangkan masa dengan pelajar lain

Sama ada pelajar Malaysia, senegara atau negara lain, jadikan mereka sebagai kawan kerana ia sedikit sebanyak boleh membuat anda berasa lebih baik dan selamat. Secara amnya, pelajar-pelajar Malaysia agak peramah dan tidak susah untuk didekati dan dijadikan sebagai kawan. Jadi, jangan takut untuk menegur pelajar lain dan murahkan senyuman.

2. Berkomunikasi sebanyak mungkin

Adalah menjadi kebiasaan bagi seorang pelajar antarabangsa untuk mendapat soalan tentang latar belakang anda daripada orang yang ingin tahu khususnya pelajar tempatn. Sentiasa memberi senyuman yang manis dan beramah mesra dengan mereka. Anda mungkin fikir perlu berbahasa Melayu apabila berbual dengan mereka, namun sebenarnya kebanyakan warganegara Malaysia fasih berbahasa Inggeris. Oleh itu, ini sangat membantu dan memudahkan anda untuk berkomunikasi dan berkawan dengan mereka sambal belajar Bahasa tempatan juga.

3. Libatkan diri dengan kumpulan sosial atau kelab di universiti

Anda boleh membina rangkaian persahabatan dengan pelajar-pelajar lain dalam kumpulan sosial atau kelab di universiti. Di samping itu, anda dapat berkongsi minat dan hobi serta belajar tentang budaya pelajar-pelajar lain selain budaya pelajar Malaysia. Jumlah kawan anda pasti akan bertambah kerana kebiasaannya perjumpaan kelab atau kumpulan social dijalankan sekali seminggu atau sebulan.
Di UPM, International Students' Association (UPMISA) merupakan persatuan pelajar yang aktif, yang menawarkan senarai program sosial seperti lawatan, aktiviti dan acara sosial yang banyak sepanjang tahun akademik anda. Oleh itu, aktifkan diri untuk sertai aktiviti-aktiviti di luar waktu akademik.

4. Mohon biasiswa untuk pelajar antarabangsa

Terdapat banyak biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar antarabangsa. Antaranya, IGRF (International Graduate Research Fellowship) dan IGSS (International Graduate Student Scholarship) yang akan berlalu dalam tempoh tertentu. Bantuan kewangan ini disediakan kepada pelajar yang memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik dan bergantung kepada ketersediaan dana.Dapatkan maklumat dengan pihak Sekolah Pengajian Siswazah untuk maklumat lanjut.

5. Berjimat-cermat

Kos hidup di Malaysia tidak setinggi seperti negara-negara maju yang lain. Namun Malaysia mempunyai mempunyai standard kehidupan yang agak tinggi dan tidak boleh diambil mudah. Sebagai gambaran, di kedai makan yang biasa berdekatan kawasan universiti, harga satu hidangan adalah beranggar RM7-RM10. Selain itu, jika anda menggunakan Pas pengangkutan awam bulanan, harga dalam RM50-RM100. Jika anda melanggan data internet, ia akan ,menelan kos tidak lebih dari RM80 sebulan. Justeru itu, dengan berjimat-cermat, anda pasti boleh menikmati kehidupan yang selesa sepanjang tempoh pengajian.

Date of Input: 28/09/2018 | Updated: 08/10/2018 | azimin

MEDIA SHARING

SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389464225
0389464232
C1542167140