UPM Taja 64 Anak Staf Sempena Program Semarak Putra Ramadan 2.0 2016 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » UPM taja 64 anak staf sempena Program Semarak Putra Ramadan 2.0 2016

UPM taja 64 anak staf sempena Program Semarak Putra Ramadan 2.0 2016


Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Marina Ismail

SERDANG, 26 Jun – Universiti Putra Malaysia (UPM) memberi tajaan raya untuk anak-anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU) yang terdiri daripada 64 anak staf UPM sempena program Semarak PUTRA Ramadan 2.0 2016 di Jakel Mall, Kuala Lumpur.

Timbalan Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm), Prof. Dr. Mansor Ahmad @ Ayob berkata program kali kedua itu melibatkan pelajar dan staf dengan bantuan serta kerjasama Pusat Tanggungjawab di UPM.

“Pada tahun lalu, 37 anak staf UPM yang kami kumpulkan untuk aktiviti pembelian baju raya. Ia  mendapat sambutan baik daripada warga universiti,” katanya.



Beliau berkata, program itu memberi impak yang positif serta memupuk sifat murni di kalangan staf dan pelajar bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Pada kali ini, 35 sukarelawan dikumpulkan untuk membantu anak-anak staf UPM dalam memilih baju raya serta memberi pendedahan kepada mereka untuk meneruskan aktiviti sukarelawan UPM di masa akan datang,” katanya.



Tajaan raya itu berjumlah RM200 untuk pembelian baju raya serta duit raya kepada anak yatim dan anak istimewa UPM.

Penolong Pegawai Sains, Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian, UPM, Sarimah Hashim berkata penerimaan bantuan itu sedikit sebanyak membantu anak beliau untuk persiapan Aidilfitri.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada UPM dan juga kepada penyumbang yang menaja duit raya yang boleh dimanfaatkan oleh staf yang memerlukan,” katanya. - UPM


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXFQGAL~