MATERIALS SCIENCE | SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
» MATERIALS SCIENCE

MATERIALS SCIENCE

Sains bahan ialah bidang inter disiplin yang mempunyai hubungan rapat dengan bidang fizik, kimia, biologi dan kejuruteraan. Bidang ini berkaitan dengan rekabentuk, ekstraksi, sintesis, pemprosesan, sifat, pencirian dan pembangunan bahan untuk teknologi aplikasi. Kelas bahan yang penting termasuklah bahan semula jadi dan bahan buatan. Bahan spesifik yang menjadi tumpuan ialah bahan termaju, biopolimer, bahan magnetik, superkonduktor, seramik, semikonduktor dan bahan nano. Asas kefahaman yang dibangunkan dalam sains bahan pada skala nano, mikro dan makro, merangkumi kajian dan kefahaman tabii bahan untuk digunakan dalam aplikasi akan membawa kepada kejumpaan baru merentasi semua disiplin kejuruteraan yang melibatkan bahan termasuk tenaga, alam sekitar, kesihatan, ekonomi dan pembuatan.

Kajian dielektrik menumpukan kepada ketelusan kompleks bahan titanat, kalsium kuprum titanat (CCTO), mulit dan sebahagian bahan magnetik seperti zink ferit dan Yitrium besi garnet. Kajian evolusi menumpukan kepada sifat mikro-struktur dan dielektrik bahan ini dengan komposisi terbaik merujuk kepada frekuensi (40 Hz - 1 MHz dalam daerah frekuensi rendah dan 1 MHz - 1.8 GHz dalam daerah mikrogelombang), suhu, suhu sintering, ketumpatan, keporosan, saiz butiran (nano ke mikro), pembawa cas, kekonduksian dan polarisasi. Analisa ketelusan kompleks, impedans, modulus, cole-cole, tan delta dan pemodelan dilakukan untuk mendapatkan bahan berkapasitan terbaik yang boleh diubah untuk tujuan aplikasi tertentu seperti kapasitor multi lapis dan bahan untuk penderia kapasitif.


Senarai Pakar 

Updated:: 14/07/2017 [azimin]

MEDIA SHARING

SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXETVAE~