Putra Alumni Scholarship Scheme (PASS) - Local | SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
» FINANCIAL ASSISTANCE & SCHOLARSHIPS » SCHOLARSHIP/FINANCIAL ASSISTANCE UPM » Putra Alumni Scholarship Scheme (PASS) - Local

Putra Alumni Scholarship Scheme (PASS) - Local

 

SKIM BIASISWA ALUMNI PUTRA (PASS) - TEMPATAN
SEMESTER KEDUA 2023/2024

Permohonan Putra Alumni Scholarship Scheme / Skim Biasiswa Alumni Putra (PASS) – Tempatan adalah dibuka kepada alumni tempatan yang mendaftar pengajian di UPM pada Semester Kedua 2023/2024, bermula 02 - 22 Januari 2024. Skim ini diwujudkan sebagai galakan untuk alumni tempatan memilih UPM bagi melanjut pengajian.

 

Terma dan Syarat

  1. Jumlah Penerima Biasiswa
    100 penerima setahun.
  2. Kategori Pemohon

    i. Skim ini hanya terbuka kepada pelajar baharu yang mendaftar pada Semester Kedua 2023/2024 atau pelajar UPM yang berada pada semester kedua pengajian dengan status ‘Continue’ pada Semester Kedua 2023/2024.

    ii. Bagi pelajar baharu, permohonan mesti dikemukakan sebelum pendaftaran sebagai pelajar baharu. Sekiranya permohonan dibuat selepas pendaftaran, kelulusan pembiayaan hanya berkuatkuasa pada semester kedua pengajian pelajar.

  3. Durasi Pembiayaan Biasiswa
    Maksimum tiga (3) tahun untuk pengajian peringkat PhD sahaja.

  4. Nilai Pembiayaan 
    Penerima akan diberikan 10% pengecualian yuran pengajian.

Kelayakan Permohonan

  1. Terbuka kepada alumni tempatan yang melanjutkan pengajian di peringkat PhD sahaja;
  2. PNGK peringkat Master sekurang-kurangnya 3.500.
  3. Penyelidikan dalam bidang prioriti yang relevan kepada UPM/Malaysia sahaja;
  4. Pemohon mesti telah mendapat kelulusan cadangan penyelidikan daripada Penasihat/Penyelia;
  5. Pemohon tidak menerima apa-apa bentuk bantuan kewangan lain.

 

Kaedah Permohonan

Permohonan boleh dibuat seperti berikut:

  1. Melengkapkan borang permohonan secara online melalui portal pelajar di http://sgsportal.upm.edu.my:8080/sgsportal .
  2. Pemohon adalah bertanggungjawab untuk memastikan Penasihat/Penyelia dan Dekan/Pengarah Fakulti/Sekolah/Institut menyokong permohonan anda melalui sistem sebelum atau selewatnya pada 22 Januari 2024.
  3. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

 

Nota:  Sekiranya didapati maklumat yang diberikan dalam permohonan tidak benar, biasiswa akan ditamatkan dan pelajar perlu membayar balik mana-mana yuran yang telah diberikan.* Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi sgs_financialaid@upm.edu.my

Updated:: 03/01/2024 [aslamiah]

MEDIA SHARING

SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXDdOAA~