PERTANDINGAN PROJEK PENYELIDIKAN INOVASI NANOTEKNOLOGI (PIN) PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 | SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
» PERTANDINGAN PROJEK PENYELIDIKAN INOVASI NANOTEKNOLOGI (PIN) PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

PERTANDINGAN PROJEK PENYELIDIKAN INOVASI NANOTEKNOLOGI (PIN) PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

HEBAHAN - PERTANDINGAN PROJEK PENYELIDIKAN INOVASI NANOTEKNOLOGI (PIN) 2018

Sempena Program Nano Kebangsaan 2018 (NanoKEB) yang akan berlangsung pada 8 hingga 11 Oktober 2018 di Technology Park Malaysia (TPM), Bukit Jalil, Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC), di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) akan menganjurkan Pertandingan Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi (PIN) Peringkat Kebangsaan 2018.

Pertandingan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah yang mempunyai idea kreatif dan inovatif dalam penyelidikan untuk pembangunan nanoteknologi dan penghasilan bahan untuk diaplikasikan dalam pelbagai sektor. Antara objektif pertandingan ini adalah seperti berikut:

• menggalakkan penglibatan penuntut institusi pengajian tinggi di dalam program yang dianjurkan oleh kerajaan terutamanya program MESTECC;
• menyemai daya pemikiran lebih kreatif dan inovasi dalam • penyelidikan kepada pelajar universiti; dan
• menggalakkan pembangunan nanoteknologi dan penghasilan bahan untuk aplikasi dalam pelbagai sektor melalui penyelidikan.

Penyertaan dibuka sekarang dan akan ditutup pada 14 September 2018.

BORANG PENCALONAN PIN 2018

SYARAT DAN MAKLUMAT AM PIN 2018



 

Updated:: 27/07/2018 [azimin]

MEDIA SHARING

SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389464225
0389464232
C1534561801