Majlis Penyerahan Tugas Dan Penghargaan Mantan Naib Canselor UPM | SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
» NEWS » MAJLIS PENYERAHAN TUGAS DAN PENGHARGAAN MANTAN NAIB CANSELOR UPM

Majlis Penyerahan Tugas dan Penghargaan Mantan Naib Canselor UPM

Oleh Khairul Anuar & Noor Eszereen



SERDANG, 20 Jan – Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi berjaya meletakkan UPM pada landasan yang tepat dalam meningkatkan kecemerlangan, kata Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris.

“Pencapaian ranking UPM yang terus meningkat membuktikan Dato’ Fauzi telah meletakkan kita di landasan yang betul,”  katanya dalam majlis penyerahan tugas dan penghargaan mantan Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan di UPM dengan dihadiri oleh Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU).

Prof. Datin Paduka Dr. Aini yang memulakan tugas rasmi sebagai Naib Canselor baharu UPM pada 1 Januari 2016 berkata antara sumbangan terpenting Dato’ Fauzi ialah berjaya membawa subjek Sains Pertanian UPM disenaraikan pada ranking ke-45 terbaik dunia dalam Best Global Universities Ranking 2015 yang dikeluarkan oleh U.S.News & World Report pada tahun lalu, naik daripada kedudukan ke-54 di dunia pada tahun 2014.

“U.S.News & World Report juga menyenaraikan UPM sebagai Universiti terbaik di Asia Tenggara dan berada pada ranking ke-tujuh di Asia untuk Best Global Universities for Agricultural Sciences,” katanya.

Beliau mengalu-alukan bantuan Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi untuk terus memajukan UPM ke peringkat global kerana mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran dan networking.

 

Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi yang mengakhiri tugas pada 31 Disember 2015 turut mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama JPU selama beliau menjalankan tugas sebagai Naib Canselor. Beliau juga memaklumkan akan terus membantu JPU dan Universiti dalam apa juga keadaan.

Semasa menjawat jawatan Naib Canselor UPM, beliau menggariskan pendekatan baharu proses transformasi industri agro makanan dan memberikan penekanan kepada usaha Pertanian Bandaran (urban agricultural) untuk menggalakkan penduduk bandar menjalankan aktiviti pertanian moden. – UPM


Updated:: [hairul_nizam]

MEDIA SHARING

SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389464225
0389464232
C1500936635