UPM - Toyota Auto Body Malaysia Jalin Kerjasama Bangunkan Inovasi Baharu | SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
» NEWS » UPM - Toyota Auto Body Malaysia jalin kerjasama bangunkan inovasi baharu

UPM - Toyota Auto Body Malaysia jalin kerjasama bangunkan inovasi baharu

Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh
Foto Marina Ismail

 



SERDANG, 4 Jun - Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalinkan kerjasama dengan Toyota Auto Body (Malaysia) Sdn. Bhd (TABM) bagi membangunkan idea dan inovasi baharu.

Melalui memorandum persefahaman (MoU) itu, TABM akan menerima graduan Fakulti Kejuruteraan UPM untuk berkerja di kilang-kilang pengeluaran Toyota setiap tahun yang akan memberi manafaat kepada kedua-dua pihak melalui jaringan penyelidikan melalui sabatikal, latihan dan pembelajaran staf serta pelajar UPM. Di pihak TABM, mereka akan memperolehi manafaat melalui perkongsian ilmu serta penemuan penyelidikan.

Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Fauzi Ramlan berkata, pelajar UPM berpeluang mendapatkan tempat untuk latihan industri di TABM, dan untuk jangkamasa panjang penyelidik UPM berpeluang menjalankan penyelidikan, perkhidmatan dan harta intelek.

Selain itu, MoU tersebut adalah selaras dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 yang dilancarkan baru-baru ini iaitu untuk melonjakkan ekosistem inovasi.

Bagi menyokong usaha kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, UPM perlu memperkukuhkan kerjasama serta jaringan industri dan penyelidikan bersama pihak industri, terutamanya TABM yang merupakan pemain utama dalam bidang automotif.

TABM yang ditubuhkan pada tahun 2005 dan merupakan anak syarikat Toyota Auto Body Japan, adalah pembekal komponen kenderaan seperti plastic injection and stamping parts, injection moulding, press metal stamping, painting and welding parts kepada kilang pemasangan Toyota bagi model-model pemasangan tempatan. - UPM


Date of Input: | Updated: | hairul_nizam

MEDIA SHARING

SCHOOL OF GRADUATE STUDIES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXDdGAZ~