PIAGAM PELANGGAN | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» MENGENAI KAMI » PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia, dengan penuh tekad berikrar untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan cekap untuk memenuhi keperluan pelanggan:

1. Mengeluarkan keputusan permohonan kemasukan selewat-lewatnya dua (2) bulan selepas permohonan lengkap diterima oleh Sekolah Pengajian Siswazah.

2. Memaklumkan keputusan permohonan pelantikan ahli Jawatankuasa Penyeliaan selewat-lewatnya dua (2) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.

3. Memaklumkan keputusan permohonan penangguhan pengajian dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan disahkan oleh PTJ.

4. Memaklumkan keputusan permohonan pelanjutan tempoh pengajian dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan disahkan oleh PTJ.

5. Memaklumkan keputusan permohonan pertukaran program/bidang pengajian dalam tempoh dua (2) bulan selepas permohonan lengkap diterima.

6. Memaklumkan keputusan permohonan naik taraf pengajian ke program PhD selewat-lewatnya dua (2) bulan selepas permohonan lengkap diterima.

7. Memaklumkan keputusan permohonan bantuan siswazah (GRF/GRA) selewat-lewatnya dua (2) bulan selepas tarikh tutup permohonan.

8. Memaklumkan keputusan peperiksaan semester kepada pelajar dalam tempoh enam (6) minggu selepas hari terakhir minggu peperiksaan.

9. Memastikan pelajar menduduki viva voce dalam tempoh tiga (3) bulan selepas penyerahan tesis kepada Sekolah Pengajian Siswazah untuk peperiksaan.

10. Memaklumkan keputusan permohonan semakan pemberhentian dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas keputusan Senat.

11. Memaklumkan keputusan pengurniaan ijazah kepada pelajar dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas pengesahan Senat.


Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Bulanan

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Bulan Januari 2018

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Bulan Februari 2018 

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Bulan Mac 2018

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Bulan April 2018

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Bulan Mei 2018

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Bulan Jun 2018

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Bulan Julai 2018

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Bulan Ogos 2018

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Bulan September 2018

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Bulan Oktober 2018

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Bulan November 2018

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Bulan Disember 2018

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Bulan Januari 2019

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Bulan Februari 2019

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Bulan Mac 2019

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Bulan April 2019

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Bulan Mei 2019

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Bulan Jun 2019

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Bulan Julai 2019

Kemaskini:: 13/08/2019 [azimin]

PERKONGSIAN MEDIA

C1568671293