Taklimat Dan Majlis Ikrar Pelajar Baharu Siswazah Bagi Semester 1, 2019/2020 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» AKTIVITI » Taklimat dan Majlis Ikrar Pelajar Baharu Siswazah bagi Semester 1, 2019/2020

AKTIVITI

Tajuk Acara
Taklimat dan Majlis Ikrar Pelajar Baharu Siswazah bagi Semester 1, 2019/2020
Tarikh
16 Oct 2019 - 16 Oct 2019
Masa
08.00 - 12.00
Lokasi
Dewan Besar, Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAS), UPM
Ringkasan Acara

Pelajar pascasiswazah baharu Semester Pertama 2019/2020 akan mengambil bahagian dalam Taklimat dan Majlis Ikrar Pelajar Baharu Siswazah di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAS), UPM. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Kumpulan pelajar baharu terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa dari lebih daripada 30 buah negara. Turut hadir ialah dekan fakulti, pengarah institusi, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Persatuan Pelajar Antarabangsa UPM (UPMISA) dan Kumpulan Sokongan Peer (PSG)

Tujuan majlis deklaratif ini diadakan, antara lain, adalah untuk menguatkan ikatan dan meningkatkan tahap komunikasi antara jawatankuasa pengurusan universiti dengan pelajar pascasiswazah yang baharu.

Menjelang penutupan, timbalan dekan Sekolah Pengajian Siswazah akan memberikan taklimat mengenai perkara yang meliputi perspektif berikut: Akademik, Tesis, Hal Ehwal Pelajar, Sokongan Pembelajaran, Penerbitan, Bantuan Kewangan dan Mobiliti.

*KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN!*

Sila ambil perhatian bahawa surat kebenaran berkaitan pengecualian menghadiri kelas / praktikal / tugas yang ditetapkan akan diedarkan pada hari Taklimat dan Majlis Ikrar Pelajar Baharu Siswazah.

DAFTAR KEHADIRAN ANDA

Kemaskini:: 18/10/2019 [azimin]

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXETPAW~