Coronavirus 2019 (COVID-19) | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» ARTIKEL » Coronavirus 2019 (COVID-19)

Coronavirus 2019 (COVID-19)

 

Apa itu COVID-19?

Virus corona (COVID-19) adalah penyakit berjangkit yang berpunca daripada virus corona yang baru ditemui. Kes pertama yang dilaporkan adalah pada Disember 2019 di Wuhan, China.

COVID-19 menyerang manusia dalam cara yang berbeza. Simptom-simptom virus ini adalah seperti demam, batuk kering dan keletihan. Bagi warga emas, kanak-kanak dan pengidap penyakit kritikal seperti masalah jantung, diabetes, masalah pernafasan yang kronik, dan kanser adalah berisiko tinggi untuk terkena jangkitan. Simptom serius adalah seperti sukar bernafas atau nafas pendek, sakit dada atau terasa tertekan di bahagian dada dan pergerakan yang terhad.

Coronavirus berjangkit melalui tranmisi zarah pernafasan manusia dan sentuhan. Apabila berada dalam jarak yang dekat dengan pesakit yang mempunyai simptom, transmisi zarah akan mudah berlaku apabila mulut dan hidung mereka terdedah. Transmisi zarah juga akan mudah berlaku dikawasan sekeliling pesakit.

Terdapat beberapa cara pencegahan yang digariskan oleh World Health Organization (WHO) untuk melambatkan transmisi COVID-19,

  1. Basuh tangan menggunakan sabun dengan kerap atau gunakan hand sanitizer dengan alchohol.
  2. Kekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang yang dijangkiti batuk atau selsema.
  3. Kurangkan meletakkan tangan dikawasan muka.
  4. Tutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin.
  5. Duduk dirumah jika berasa tidak sihat.
  6. Kurangkan merokok atau aktiviti lain yang melemahkan jantung.
  7. Amalkan penjarakkan bagi mengelakkan berada dalam kumpulan orang yang ramai atau sesak.

Sentiasa amalkan kebersihan diri dan segera berjumpa doktor jika berasa kurang sihat atau mengalami simptom – simptom jangkitan.

 

Rujukan

  1. World Health Organization. Modes of transmission of virus causing COVID-19: implication for IPC precaution recommendations; 2019. https://www.who.int/news-room/commentaries/detail/modes-of-transmission-of-virus-causing-covid-19-implications-for-ipc-precaution-recommendations

 

Tarikh Input: 30/06/2020 | Kemaskini: 30/06/2020 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
03-9769 4232
C1596572859