
Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2024 merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memperingati sejarah serta pencapaian Negara sejak kemerdekaannya dan pembentukan Malaysia. Pelbagai aktiviti kenegaraan turut diadakan bagi meningkatkan semangat kebangsaan serta menggalakkan semangat patriotism dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sambutan ini juga berupaya memperkukuhkan identiti kebangsaan Malaysia untuk menghargai kepelbagaian budaya, agama dan etnik yang menjadi kebanggaan negara.
Jiwa Merdeka” dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini. Pemilihan tema itu merupakan perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati dirinya. Jiwa Merdeka menzahirkan kebebasan rakyat daripada sebarang elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotik melalui aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif.

Di bawah adalah maksud bagi tema dan logo yang telah dipilih sebagai pelangkap kepada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia:-
Penjelasan Logo
Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini yang berteraskan Malaysia Madani dan Menghailkan corak simbolik tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikar Rukun Negara’. Logo ini mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini.
Penjelasan Tema
Malaysia Madani merupakan tunjang kepada kemakmuran dan kemajuan negara Malaysia melalui dukungan 6 nilai teras utama.
Jiwa Merdeka adalah penzahiran kepada kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotisme dan cinta negara melalui pelbagai cara meliputi aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk satu kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni dan progresif.
Malaysia Madani: Jiwa Merdeka merupakan perlambangan kesepaduan secara holistik negara yang maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati dan teguh jati dirinya.
Rasional Tema
Perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati diri.
Sumber : Majlis Keselamatan Negara - Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2024/07/22/tema-hari-kebangsaan-dan-hari-malaysia-2024/
Tarikh Input: 26/08/2024 | Kemaskini: 22/10/2024 | aslamiah

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services