Peringkat univerisiti boleh menjadi sangat mencabar bagi pelajar jika tidak dapat menangani tekanan dengan sebaiknya. Kebiasannya, tahap stress atau tekanan yang dialami pelajar meningkat apabila tiba musim peperiksaan dan penilaian. Pelajar yang mengalami stress boleh mendorong mereka kearah positif ataupun negatif. Maksudnya, jika pelajar berjaya menerima stress yang disebabkan penilaian yang akan datang dari sudut yang positif, dia akan berusaha untuk belajar lebih bersungguh-sungguh. Namun, jika pelajar yang tidak dapat menguruskan tekanan yang dialami, ia boleh mendorong sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku seperti tekanan perasaan, serangan panik, kebimbangan melampau dan sebagainya. Lebih -lebih lagi pada peringkat siswazah dimana kebanyakannya terdiri daripada pelajar yang sudah berkerjaya dan pada masa yang sama sedang dalam pengajian di peringkat master atau PhD.
Oleh itu, disini dikongsikan beberapa cara untuk menguruskan stress di peringkat universiti:
1. GAYA HIDUP SIHAT (SENAMAN)
Amalkanlah gaya hidup yang sihat. Ada kajian pernah dibuat dimana, kebanyakan orang yang mengalami stress akan cenderung untuk makan berlebihan dan berasa gembira selepas itu. Namun, kesan lainnya, dia akan mendapat pelbagai penyakit yang pasti akan mendatangkan masalah pada kesihatan pula. Justeru, makanlah makanan yang sihat dan seimbang. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Tidak perlu melakukan aktiviti berat , memadai dengan berjongging , menaiki basikal atau berjalan di taman. Jika berasa serabut dan stress semasa menyiapkan kajian, berehatlah sebentar dan lakukan senaman ringan dan ambillah snek yang sihat seperti buah-buahan.
2. JANGAN MENYENDIRI
Mengasingkan diri semasa anda berada dalam keadaan tertekan atau stress bukanlah jalan yang betul. Anda perlu mencari seseorang untuk meluahkan perasaan atau berkongsi cerita pada mereka. Mungkin, jika anda berjumpa dengan seseorang yang dipercayai dan berkongsi kepadanya mungkin anda akan berasa tenang semula untuk memikirkan jalan penyelesaian terbaik. Jika anda tidak mempunyai kenalan rapat, berbincanglah dengan penyelia untuk meminta pertolongan. Pasti orang yang lebih berpengalaman dapat membantu anda melalui tekanan yang dialami. Kebanyakan setiap universiti juga mempunyai khidmat kaunseling pelajar. Jadi, itu juga merupakan satu pilihan untuk anda berkongsi dengan mereka.
3. DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP
Pastikan anda mempunyai rutin tidur dan rehat yang betul untuk memastikan kesihatan mental terjaga dan boleh mengurskan stress dengan baik. Tidur merupakan cara terbaik untuk merehatkan fizikal dan mental selepas melakukan tugasan yang berat setiap hari. Stress boleh mengganggu corak tidur seseorang. Jadi, sebelum tidur, pastikan anda mengambil masa beberapa minit untuk bertenang dan menguruskan diri seperti mandi dan solat sebelum tidur. Tubuh yang mendapat rehat yang cukup pasti akan berasa segar untuk memulakan pekerjaan apapun keesokan harinya.
4. ADA MASA REHAT
Berehat sebentar dalam masa bekerja atau menyiapkan tugasan boleh mengurangkan anda mendapat stress yang melampau. Selain itu, pergilah bercuti seketika pada hujung minggu dengan melakukan aktiviti digemari agar kehidupan anda seimbang dan sentiasa bertenaga. Rehat yang mencukupi menjaminkan hasil kerja yang berkualiti.
Tarikh Input: 30/09/2019 | Kemaskini: 15/10/2019 | azimin
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203