
BIASISWA KHAS WARTAWAN (BKW)
SEMESTER PERTAMA 2026/2027
Permohonan ini adalah dibuka kepada pelajar tempatan dari kalangan wartawan yang mengikuti program Master Secara Kerja Kursus, Master Secara Penyelidikan dan PhD di UPM bermula 01 - 31 Ogos 2026. Skim ini diwujudkan bagi menghargai kebolehan dan sumbangan kumpulan wartawan/pengamal media di Malaysia.
TERMA DAN SYARAT
- Jumlah Penerima Biasiswa Khas Wartawan (BKW)
5 penerima setahun.
- Nilai Pembiayaan
Pembiayaan ini hanya memberi pengecualian kepada komponen yuran pembelajaran (Yuran kursus/ Course Fee) sahaja iaitu:
- Master Secara Kerja Kursus (MSKK): RM500.00 setiap semester, dan terhad kepada 3 semester sahaja;
- Master Sains (Kluster Sains Sosial): RM700.00 setiap semester, dan terhad kepada 4 semester sahaja;
- PhD (Kluster Sains Sosial): RM1,200.00 setiap semester, dan terhad kepada 6 semester sahaja.
Pelajar masih perlu membayar yuran lain seperti caj perkhidmatan, ko-kurikulum, aktiviti pelajar, perpustakaan, kebajikan, tesis, alumni dan pendaftaran serta yuran kredit (bagi pelajar MSKK sahaja).
- Kelayakan
- Terbuka kepada kalangan wartawan yang telah mendapat tawaran kemasukan di UPM di bawah program Master Secara Kerja Kursus (MSKK) (Kluster Sains Sosial) atau Program Master Sains (Kluster Sains Sosial) atau peringkat PhD (Kluster Sains Sosial);
- Permohonan juga adalah terbuka kepada semua pelajar semasa dengan status pengajian semasa permohonan dibuat adalah “Continue”. Pemohon yang berstatus “Thesis Submitted / Defer / Dropped/ Probation /Terminated” dan lain-lain tidak layak untuk memohon;
- Pemohon tidak bekerja atau menerima Biasiswa/ Peruntukan/ Pinjaman/ Bantuan Kewangan/ Anugerah lain dari mana-mana agensi, institusi atau badan lain.
- Syarat/Timbal Balas Pembiayaan
Sebagai balasan bagi pemberian BKW ini, penerima akan tertakluk kepada timbal balas pembiayaan, iaitu:
Timbal balas pembiayaan
|
Master
|
PhD
|
Jaringan (Link) Pensyarah UPM dengan aktiviti pihak Media Perdana termasuk BERNAMA
(contoh: Pensyarah UPM yang berkepakaran dalam bidang berkaitan boleh mengupas isu semasa yang diutarakan dalam program anjuran media massa)
|
Tiga (3) linkages dalam tempohpengajian
|
Enam (6) dalam tempoh pengajian
|
Penulisan Rencana/ Artikel/ Pelaporan di peringkat Tempatan
(contoh: menulis rencana/ artikel/ pelaporan mengenai aktiviti yang berlangsung di UPM untuk dimuat naik dalam berita di surat khabar/ majalah/ televisyen/ radio/ internet dan lain-lain media tempatan sebagai salah satu usaha menggiatkan promosi UPM)
|
Dua (2) dalam tempoh pengajian
|
Tiga (3) dalam tempoh pengajian
|
Penulisan Rencana/ Artikel/ Pelaporan di peringkat Antarabangsa
(contoh: menulis rencana/ artikel/ pelaporan mengenai aktiviti yang berlangsung di UPM untuk dimuat naik dalam berita di surat khabar/ majalah/ televisyen/ radio/ internet dan lain-lain media peringkat antarabangsa sebagai salah satu usaha menggiatkan promosi UPM)
|
Satu (1) dalam tempoh pengajian
|
Dua (2) dalam tempoh pengajian
|
Kaedah Permohonan
Permohonan boleh dibuat seperti berikut:
- Melengkapkan borang permohonan secara online melalui portal pelajar di http://sgsportal.upm.edu.my:8080/sgsportal .
- Pemohon adalah bertanggungjawab untuk memastikan Penasihat/Penyelia dan Dekan/Pengarah Fakulti/Sekolah/Institut menyokong permohonan anda melalui sistem sebelum atau selewatnya pada 31 Ogos 2026.
- Permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Nota: Bagi permohonan yang berjaya, satu perjanjian akan ditandatangani di mana penerima adalah tertakluk kepada syarat perjanjian, dan sekiranya didapati maklumat yang diberikan dalam permohonan tidak benar, biasiswa akan ditamatkan dan pelajar perlu membayar balik mana-mana yuran yang telah diberikan.
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi: sgs.financialaid@upm.edu.my
Updated:: 02/07/2026 [aslamiah]
MEDIA SHARING