Graduate Research Fellowship (GRF) | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BANTUAN KEWANGAN & BIASISWA » BIASISWA/BANTUAN KEWANGAN UPM » Graduate Research Fellowship (GRF)

Graduate Research Fellowship (GRF)


FELLOWSHIP PENYELIDIK SISWAZAH (GRF)

SEMESTER KEDUA 2023/2024
(PERMOHONAN SAMBUNGAN)

 

Dimaklumkan bahawa permohonan sambungan Fellowship Penyelidik Siswazah (GRF) bagi Semester Kedua 2023/2024 dibuka kepada pelajar tempatan bermula 02 - 22 Januari 2024.


KELAYAKAN MEMOHON 


Bagi Permohonan Sambungan:

    1. Permohonan adalah terbuka kepada pelajar semasa yang telah ditawarkan GRF pada Semester Pertama 2023/2024 (Oktober 2023) yang memenuhi syarat berikut:
      1. Status pengajian semasa permohonan dibuat adalah “Continue”. Pemohon yang berstatus “Thesis  Submitted/Defer/Dropped/Probation/Terminated” dan lain-lain tidak layak untuk memohon;
      2. Semester pengajian semasa permohonan dibuat mestilah tidak melebihi 3 semester bagi pelajar Master dan 5 semester bagi pelajar PhD;
      3. Tidak mengikuti program siswazah UPM secara joint/dual/double/cotutelle degree programme; dan
      4. Pemohon tidak bekerja atau menerima Biasiswa/ Peruntukan/ Pinjaman/ Bantuan Kewangan/ Anugerah lain dari mana-mana agensi, institusi atau badan lain.

 

 

DOKUMEN SOKONGAN

Setiap permohonan perlulah disertakan bersama:

  • Bukti Penerbitan (jika ada); dan
  • Laporan (Kemajuan) Kertas Penerbitan / Status Penerbitan

 

BENTUK PEMBIAYAAN

Di bawah skim ini, pemohon akan menerima:

  1. Pengecualian sebahagian yuran pelajaran seperti berikut:

 Program/Kluster Perubatan Sains Sains Sosial
Master RM1,200.00 RM900.00 RM700.00
PhD RM1,600.00 RM1,400.00 RM1,200.00


2. Elaun bulanan iaitu sebanyak RM1,000.00 untuk pelajar Master dan RM1,300.00 untuk pelajar PhD.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Di bawah skim ini, penerima adalah bertanggungjawab untuk:

  1. Mematuhi semua peraturan atau undang-undang yang berkuatkuasa dari masa ke semasa dan memenuhi semua keperluan sebagaimana yang disyaratkan dalam program pengajian yang diikuti;

  2. Menamatkan pengajian dengan jayanya;

  3. Membantu dalam aktiviti pengajaran/ tutorial/ amali/ penyeliaan pelajar tahun akhir untuk tempoh tidak melebihi 6 jam seminggu termasuk pada cuti semester.

  4. Merekodkan kehadiran ke fakulti/sekolah/institut pada setiap hari secara dalam talian melalui portal pelajar;

  5. Memenuhi keperluan penerbitan jurnal artikel (diterima atau diterbitkan) sebagai first/corresponding author seperti berikut:
    1. sekurang-kurangnya satu (1) artikel jurnal (dalam CIJ) diterima atau diterbitkan, bagi peringkat Master; ATAU
    2. satu (1) artikel jurnal diterima atau diterbitkan dalam CIJ dan satu (1) artikel jurnal diterima atau diterbitkan dalam JCR; atau dua(2) artikel jurnal diterima atau diterbitkan dalam CIJ dan menunjukkan bukti penghantaran atau penerbitan jurnal dalam JCR dengan keputusan (cth: salah satu dari jurnal yang kemudiannya diterima/diterbitkan dalam CIJ), bagi peringkat PhD;

 

KEMUDAHAN CUTI

Di bawah skim ini, penerima akan diberikan kemudahan cuti seperti berikut:

  1. Cuti maksimum 2 hari dalam sebulan dengan kebenaran Penasihat/Penyelia. Sekiranya penerima gagal hadir ke kampus atau mengambil cuti melebihi 2 hari dalam sebulan, dengan atau tanpa kebenaran Penasihat/Penyelia, elaun biasiswa akan dipotong pada kadar RM55.00/sehari bagi Master dan RM68/sehari bagi PhD.

  2. Sekiranya penerima bercuti melebihi 10 hari dalam sebulan, elaun biasiswa bagi
    bulan berkenaan tidak akan dibayar.

  

IKATAN PERJANJIAN

Di bawah skim ini, penerima terikat dengan perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini dan tindakan pecah kontrak dan tuntutan gantirugi boleh dikenakan oleh universiti sekiranya penerima gagal memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah Skim GRF.

 

KAEDAH PERMOHONAN

  1. Melengkapkan borang permohonan secara on-line melalui portal pelajar di http://sgsportal.upm.edu.my:8080/sgsportal.

  2. Pemohon adalah bertanggungjawab untuk memastikan Penasihat/Penyelia dan Dekan/Pengarah Fakulti/Sekolah/Institut menyokong permohonan anda melalui sistem sebelum atau selewatnya pada 22 Januari 2024.

  3. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

 

Nota: Sekiranya didapati maklumat yang diberikan dalam permohonan tidak benar, biasiswa akan ditamatkan dan pelajar perlu membayar semula pengecualian yuran dan elaun bulanan yang telah diterima. 

 

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:  sgs_financialaid@upm.edu.my

Kemaskini:: 03/01/2024 [aslamiah]

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXDcUAf~