Pada 7 Jun 2022 Mesyuarat Perasmian Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001: 2015 Sekolah Pengajian Siswazah telah diadakan secara hibrid pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat 1, Bangunan SGS dan secara dalam talian (zoom). Majlis tersebut dihadiri oleh En. Saiful Anuar A. Rahman dari Fakulti Pertanian yang dilantik sebagai Ketua Juruaudit dan ahli pengurusan SGS.
Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Puan Norhasliza selaku Timbalan Pengurusan Wakil (TWP) Pengajian Siswazah berlatarbelakangkan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001: 2015 Sekolah Pengajian Siswazah. Proses audit akan berlangsung dari 7 Jun 2022 (Selasa) hingga 9 Jun 2022 (Khamis) dan diteruskan dengan Perbincangan Juruaudit dan Mesyuarat Penutup Audit Dalam pada 9 Jun 2022 (Khamis).
Objektif kualiti yang ditumpukan kepada proses audit ini ialah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) UPM, Pencapaian Pelan Tindakan Fungsian dan Tahap dan Piagam Pelanggan (Proses Utama dan Proses Sokongan Universiti dan Operasi Perkhidmatan Sokongan).
Senarai Juruaudit telah dilantik untuk menjalankan tugas adalah seperti yang berikut:
Encik Saiful Anuar A. Rahman (Ketua Juruaudit), dalam ucapannya berharap semua warga SGS memberi kerjasama sepanjang proses audit. Selain itu merangkan, fungsi Audit Dalaman yang menguruskan saluran salah laku laporan, proses penyiasatan berkaitan dakwaan salah laku, dan melaporkan kepada Jawatankuasa Audit setiap suku tahun.
Mesyuarat Perasmian Audit telah berakhir pada jam 10.00 pagi.
Tarikh Input: 11/06/2022 | Kemaskini: 14/07/2022 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203