Bengkel Pemerkasaan Tadbir Urus Pengajian Pascasiswazah Kukuhkan Penyampaian Perkhidmatan Lebih Cekap | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Bengkel Pemerkasaan Tadbir Urus Pengajian Pascasiswazah Kukuhkan Penyampaian Perkhidmatan Lebih Cekap

Bengkel Pemerkasaan Tadbir Urus Pengajian Pascasiswazah Kukuhkan Penyampaian Perkhidmatan Lebih Cekap

15 Julai 2025, Serdang – Bengkel Pemerkasaan Tadbir Urus Pengajian Pascasiswazah telah berjaya dianjurkan pada 15 Julai 2025 (Selasa), melibatkan penglibatan staf dan pegawai yang terlibat secara langsung dalam pengurusan pengajian pascasiswazah di Universiti Putra Malaysia (UPM). Bengkel ini merupakan salah satu inisiatif ke arah meningkatkan kecekapan sistem penyampaian serta memperkukuh tadbir urus yang lebih sistematik dan berimpak tinggi.

 

 

Bengkel telah dilaksanakan dalam dua sesi:

Sesi 1
Masa : 9:00 AM – 1:00 PM
Tempat : Mini Auditorium 1, Level 3, Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation), UPM

Sesi 2
Masa: 2:30 PM – 4:30 PM
Tempat : Putra Learning Space (CADe-Lead), Level 2, Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation), UPM

Bengkel ini memberi fokus kepada pemantapan prosedur, penyelarasan proses kerja, serta pengukuhan integriti dan akauntabiliti dalam pengurusan hal ehwal akademik pascasiswazah. Ia turut menjadi platform untuk perkongsian pandangan, cabaran semasa, dan penambahbaikan terhadap sistem sedia ada agar lebih responsif dan mesra pelanggan. Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan pihak pengurusan dalam menyokong penambahbaikan berterusan dan budaya kerja berprestasi tinggi dalam kalangan warga pentadbiran.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah hadir dan menjayakan bengkel ini. Kerjasama dan dedikasi yang ditunjukkan amat dihargai dalam usaha memperkukuh sistem pengajian pascasiswazah yang lebih cekap, berkesan dan berkualiti di UPM.

Tarikh Input: 15/07/2025 | Kemaskini: 24/07/2025 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
W, (02:05:33am-02:10:33am, 14 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]