13 Disember 2022, Serdang - Dalam usaha memperluas initiatif pengurusan kebajikan pelajar pascasiswazah, Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah berkerjasama dengan Pusat pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) bagi penawaran Bantuan Yuran Siswazah Cemerlang (BYSC).Bantuan ini berfokus kepada pelajar pascasiswazah yang berkeperluan dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Sumbangan berjumlah RM 78,930.00 tersebut telah mempamerkan komitmen berterusan kedua-dua PTJ dalam menjaga kebajikan pelajar pascasiswazah UPM.
Majlis simbolik penyerahan sumbangan tersebut telah berlangsung pada 13 Disember 2022 di Bilik Mesyuarat 1, SPS dengan kehadiran ahli pengurusan WAZAN dan SPS. Dekan SPS, Prof.Dr.Zalilah Mohd Shariff telah menyampaikan ucapan penghargaan beliau atas kesudian pihak WAZAN dalam usaha tersebut dan En. Mohd Haris Dahlan, Ketua Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf, telah menyambut baik idea gandingan SPS-WAZAN tersebut.
Diharapkan kerjasama seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam mencapai objektif yang sekata.
Tarikh Input: 06/12/2022 | Kemaskini: 03/01/2023 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203