Bermula 3 Julai 2021, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dijalankan di Negeri Selangor susulan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan trend jangkitan Covid-19 yang tinggi dengan Selangor melaporkan purata antara 1,800 ke 1,900 kes sehari. Ramai pelajar yang terkesan disebabkan keterbatasan SOP PKPD yang ketat yang telah ditetapkan.
Oleh itu, pada 13 Julai 2021, Universiti Putra Malaysia melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dengan kerjasama Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah turun padang bagi mengagihkan bantuan pakej barangan dan makanan kepada para pelajar pasca siswazah yang sedang dalam kesulitan dan amat memerlukan bantuan. Seramai 116 orang pelajar siswazah UPM telah menerima bantuan yang diselaraskan oleh BHEP.
BHEP UPM HOTLINE boleh dihubungi di talian 010 261 3901.
Tarikh Input: 14/07/2021 | Kemaskini: 27/07/2021 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203