COVID-19 : PKPB Ditamatkan, Digantikan Dengan PKPP Sehingga 31 Ogos | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » COVID-19 : PKPB ditamatkan, digantikan dengan PKPP sehingga 31 Ogos

COVID-19 : PKPB ditamatkan, digantikan dengan PKPP sehingga 31 Ogos

Disediakan oleh Adib PoveraDawn Chan - 7 Jun, 2020 @ 3:08 petang

 

 

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) akan ditamatkan pada 9 Jun 2020 dan akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP).

Dalam sidang media khas, Muhyiddin berkata PKPP akan berkuatkuasa bermula 10 Jun  sehingga 31 Ogos dengan lebih banyak kelonggaran.

Dalam fasa baharu ini, perjalan rentas negeri akan dibenarkan, kecuali Kawasan yang masih dalam Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketatkan (PKPD).

“Bagi yang ingin pulang ke kampung berjumpa ibu bapa, bolehla berbuat demikian. Alhamdulillah.

“Bagaimanapun, ingin saya mengingatkan.

“Pakai penutup muka bila ditempat orang ramai dan elakkan berada dalam Kawasan yang sesak bila pulang ke kampung,” dia berkata.

Bagaimanapun, perjalanan antarabangsa masih tidak dibenarkan kerana sempadan negara masih ditutup sepanjang tempoh PKPP.

Muhyiddin berkata penerbangan domestik dibenarkan dan digalakkan.

Dalam ucapannya, perdana Menteri berkata PKPP adalah fasa “exit strategy” daripada PKP yang telah berlangsung pada 18 Mac dan 4 Mei.

“Dalam tempoh PKPP, lebih banyak kelonggaran akan diberikan bagi semua menjalani aktiviti harian selari dengan standard operating procedure (SOP),” kata Muhyiddin

Hampir kesemua aktiviti social, keagamaan, perniagaan dan pendidikan akan dibenarkan secara berperingkat mengikut SOP yang ditetapkan.

Perniagaan seperti pasar pagi dan pasar malam juga dibenarkan.

Aktiviti masa lapang , termasuk lawati muzium, industri hiburan dan kreatif juga boleh dijalankan, semntara indoor busking dan perfileman juga boleh mula beroperasi.

Sukan dan aktiviti rekreasi dibolehkan mengikut SOP. Tetapi sukan yang bersentuhan adalah tidak dibenarkan.

Sukacita dimaklumkan sambutan Hari Raya Aidiladha dan Qurba adalah dibenarkan, tetapi tertakhluk kepada SOP.

Sekolah juga akan dibuka secara berperingkat dan Kementerian Pendidikan akan mengumumkan dalam masa terdekat.

Bagi umat Islam, akan dibenarkan berjemaah di masjid dan surau tidak lama lagi dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Dia juga berkata, pusat refleksologi, kelab malam, taman tema dan pusat karaoke dan majlis besar seperti kenduri masih tidak dibenarkan dalam tempoh PKPP.

Dia juga berkata jika negara kita dilanda peningkatan kes yang mendadak, tidak mustahil kerajaan akan menjalankan PKP semula.

 

Sumber : https://www.nst.com.my/news/nation/2020/06/598700/cmco-end%C2%A0replaced-rmco-until-aug-31

Tarikh Input: 09/06/2020 | Kemaskini: 15/06/2020 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEYVAK~