26 Oktober 2023, SERDANG - Penerima Bantuan Yuran Siswazah Cemerlang (BYSC)/ Financial Incentive for Excellent Graduates 2023 telah dijemput ke Sekolah Pengajian Siswazah (SPS UPM) untuk sesi bersama wakil daripada Pusat Pengurusan Waqf, Zakat, dan Endowment (WAZAN) dan Dekan SPS. Selain penawaran rasmi insentif kepada kohort pertama penerima BYSC, sesi ini juga dijalankan sebagai pengiktirafan kepada usaha WAZAN dalam menyediakan insentif yuran bagi pelajar pasca siswazah.
Antara wakil-wakil yang hadir semasa sesi ini adalah En. Wan Mohd Radzi Wan Ismail (Ketua Seksyen Kutipan Wakaf dan Pemasaran) dan En. Muhammad Faiz Mohd Shafie dari WAZAN, Prof. Dr. Zalilah (Dekan SPS), dan Prof. Dr. Hajah Firdaus Mukhtar (Timbalan Dekan Pengambilan, Perhubungan Institusi, dan Bantuan Kewangan). Seramai lima (5) orang penerima BYSC telah turut hadir sebagai siswazah yang diraikan:
Bantuan Yuran Siswazah Cemerlang (BYSC) ini diperkenalkan julung kalinya pada Semester Pertama 2023/2024. Ditawarkan kepada pelajar dengan rekod akademik cemerlang yang berdaftar di bawah struktur program Master Kursus, Master Sains, dan Doctor of Philosophy (PhD), ia tersedia untuk semua kumpulan pengajian, dengan sebahagian yuran pengajian disokong oleh WAZAN.
Maklumat lanjut mengenai BYSC boleh didapati melalui https://sgs.upm.edu.my/financial_assistance_scholarships/scholarship_financial_assistance_upm/financial_incentive_for_excellent_graduates_bysc-74400.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 27/10/2023 | Kemaskini: 08/11/2023 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services