
9 Ogos, 2023, Serdang – Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) sentiasa menitikberat motivasi staf dalam meningkatkan mutu keseluruhan perkhidmatan PTJ. Dalam pada itu, majlis apresiasi staf yang kini dikenali sebagai Hari Kualiti dan Inovasi SPS diadakan secara tahunan sebagai salah satu usaha mengiktiraf komitmen berterusan staf, dalam pelbagai aspek. Bertemakan Floral pada kali ini, bertempat di La'Apprenti UPM, majlis yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Kelab SPS dengan kerjasama Pejabat Am Dekan telah membuat persiapan selama dua (2) minggu dari segi dekorasi, pengundian pemenang dan pemilihan pemenang melalui kaedah audit.
Prof. Dr. Zalilah Mohd Shariff, Dekan SPS telah menyampaikan amanat beliau melalui ucapan perasmian/ penghargaan beliau. Prof.Dr. Zalilah telah menggariskan kepentingan semangat berpasukan dan kualiti perkhidmatan pelanggan yang perlu sentiasa ditambahbaik. Beliau juga telah menekankan aspek audit serta pematuhan kepada Pelan Strategik UPM serta SPS secara holistik. Selain itu, beliau telah menyampaikan isu-isu terkini berkaitan skop pengajian siswazah dan status pencapaian Pelan Strategik SPS 2024-2026. Ucapan tersebut telah menjadi satu amanat yang perlu diambil serius disamping menjadi pembakar semangat kepada semua staf yang hadir pada hari tersebut.
Berikut adalah senarai anugerah yang telah disampaikan dan senarai pemenang bagi Hari Kualiti dan Inovasi SPS pada kali ini:
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Anugerah People's Choice (berdasarkan undian)
1. Bintang Harapan SPS
Cik Sharifah Saidinatul Amira Syed Ghazali Jalalulin
2. Bintang Mesra Pelanggan
Puan Farah Hanani Roslan
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pegawai Eksekutif
Puan Thuaibah Aslamiah Nadzri
Anugerah Tokoh Inovasi SPS
1. Encik Izzat Rabbani Mazli
2. Puan Salwati Abdul Ghani
3. Cik Affahuraizah Abdul Rahman
Anugerah Tokoh SPS
Puan Haslinda Sello
Anugerah Pengiktirafan EKSA
1. Ruang Kerja Terbaik Kategori Wanita
Puan Rozalita Adnan
2. Ruang Kerja Terbaik Kategori Lelaki
Encik Muhammad Fakhrul Razin Zulkifli
3. Ruang Kerja Terbaik Kategori Pengurusan
Puan Norhasliza Hassan
4. Ruang Pejabat Terbaik
Pejabat Am Dekan dan HEP Media
5. Ruang Gunasama Terbaik
Zon Ruby
(Pejabat Am Dekan, Unit HEP dan Media, Unit Pengambilan, Unit Bantuan Kewangan)
Tarikh Input: 10/06/2024 | Kemaskini: 20/06/2024 | aslamiah

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services