Kaunter Pengambilan Jubah Akademik Majlis Konvokesyen UPM Ke 48 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Kaunter Pengambilan Jubah Akademik Majlis Konvokesyen UPM ke 48

Kaunter Pengambilan Jubah Akademik Majlis Konvokesyen UPM ke 48

PENGAMBILAN JUBAH AKADEMIK DI KOMPLEKS AKADEMIK PUSAT (DKAP), UPM

Tahniah sekali lagi kepada semua graduan Majlis Konvokesyen UPM ke-47! Suasana di kaunter pengambilan jubah pada hari pertama sangat meriah, dengan kehadiran lebih 200 graduan. Kaunter dibuka dari 9 pagi hingga 4.30 petang, bermula pada 16 November 2024 hingga 7 Disember 2024. Graduan dilihat sibuk mengambil jubah akademik mereka, menambah lagi suasana meriah dengan kegembiraan dan semangat untuk melangkah ke peringkat seterusnya dalam perjalanan akademik mereka.

Proses pengambilan jubah akademik adalah seperti biasa. Sila pastikan anda menyediakan dokumen berikut sebelum mengambil jubah:

1. Membawa salinan lengkap 'Borang Pengambilan Jubah Akademik' anda.
2. Lengkapkan dan bawa slip pengesahan yang dicetak daripada halaman terakhir kaji selidik Jejak Graduan.

Untuk maklumat lanjut dan senarai graduan Majlis Konvokesyen UPM ke-47, sila rujuk [https://sgs.upm.edu.my/convocation-3845](https://sgs.upm.edu.my/convocation-3845).

#sgsupm
#BerilmuBerbakti
#WeLoveUPM

Tarikh Input: 16/11/2024 | Kemaskini: 23/12/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
X, (03:45:50pm-03:50:50pm, 21 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]