Kaunter Pengambilan Pakaian Akademik Siswazah Majlis Konvokesyen Ke-49 UPM Mula Dibuka | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Kaunter Pengambilan Pakaian Akademik Siswazah Majlis Konvokesyen Ke-49 UPM Mula Dibuka

Kaunter Pengambilan Pakaian Akademik Siswazah Majlis Konvokesyen Ke-49 UPM Mula Dibuka

Serdang, 17 November 2025 — Kaunter pengambilan pakaian akademik bagi Majlis Konvokesyen ke-49 Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mula beroperasi pada hari Sabtu, 15 November 2025, bagi memudahkan para graduan mendapatkan jubah akademik mereka menjelang majlis konvokesyen yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Staf Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) bertugas secara berjadual bagi memastikan proses pengambilan jubah berjalan dengan lancar, sistematik, dan teratur. Sehingga kini, hampir 910 graduan telah mengambil pakaian akademik masing-masing.

 

 

Semasa proses pengambilan, graduan diingatkan untuk memastikan aspek penting pakaian akademik mereka adalah lengkap dan mengikut spesifikasi. Bagi pelajar Sarjana (Master), jubah akademik mestilah mempunyai dua jalur di lengan kanan dan kiri, lengkap dengan topi mortar board dan hood berwarna peach. Bagi pelajar Sarjana Perubatan pula, pastikan dua jalur keemasan di lengan kanan dan kiri serta lengkap dengan topi bonet dan hood berwarna peach. Sementara itu, pelajar Doctor Falsafah (PhD) perlu memastikan tiga jalur keemasan pada lengan kanan dan kiri, lengkap dengan topi bonet dan hood berwarna peach.

Proses pengambilan jubah ini bertujuan bukan sahaja untuk memastikan graduan menerima pakaian akademik mereka tepat pada masa, tetapi juga untuk memberi peluang kepada staf SPS memeriksa setiap kelengkapan supaya tiada kekeliruan semasa majlis konvokesyen. Selain itu, para graduan juga diingatkan untuk hadir awal pada majlis kelak serta berpakaian secara formal, kemas dan sopan bagi menghormati suasana rasmi majlis.

Penganjuran kaunter pengambilan jubah ini mencerminkan komitmen Sekolah Pengajian Siswazah UPM dalam memastikan persiapan konvokesyen berjalan lancar, selamat dan memberi pengalaman yang menyenangkan kepada para graduan. Semua pihak berharap agar graduan dapat menghadiri majlis konvokesyen dengan penuh bersedia, berkeyakinan, dan bersemangat meraikan detik bersejarah dalam kehidupan akademik masing-masing.

Tarikh Input: 17/11/2025 | Kemaskini: 26/02/2026 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
X, (03:27:19pm-03:32:19pm, 14 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]