
19 Julai 2024 - Komunikasi berkesan memainkan peranan penting dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk peribadi dan profesional. Ianya membantu dalam menyampaikan mesej dengan jelas dan tepat dan mengurangkan salah faham dan konflik yang mungkin timbul akibat komunikasi yang tidak jelas. Di Sekolah Pengajian Siswazah, kebanyakan staf akan berhubung secara langsung dengan pelajar dalam dan luar negara. Oleh itu, komunikasi berkesan dilihat sebagai satu elemen yang sangat penting bagi membantu menyelesaikan masalah dan memberi kepuasan kepada pelajar dan pelanggan yang hadir.
![]() |
![]() |
Puan Noorizai Mohamad Noor, Ketua Pentadbiran Pejabat Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia telah dijemput sebagai penceramah bagi Kursus Komunikasi dan Perhubungan Pelanggan di Sekolah Pengajian Siswazah pada 19 Julai 2024, Jumaat bertempat di Bilik Putra Sarjana, Sekolah Pengajian Siswazah. Kursus tersebut berlangsung selama 2 jam dan dihadiri oleh semua staf SPS. Pengisian kursus ini, penceramah menekankan kepentingan komunikasi berkesan dengan setiap pelanggan yang kita berurusan menjadikan setiap permasalahan dapat diselesaikan dengan cepat, mudah dan berkesan. Puan Noorizai juga memberikan tips dan perkongsian melalui pengalamannya yang boleh dijadikan contoh kepada semua staf SPS. Beberapa slot aktiviti yang menarik didadakan menjadikan kursus ini lebih menarik dan dekat dengan penceramah. Staf diberi peluang berkongsi pengalaman, jawapan dan mengajukan soalan kepada penceramah.
Slot berakhir pada jam 5 petang dengan sesi penyampaian cenderamata dan fotografi bersama penceramah. Terima kasih Puan Noorizai atas perkongsian dan pengisian padat yang sangat memberi kesan kepada setiap staf di Sekolah Pengajian Siswazah.
Tarikh Input: 22/07/2024 | Kemaskini: 31/07/2024 | aslamiah

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services