Kursus Pemantapan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Sekolah Pengajian Siswazah | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Kursus Pemantapan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Sekolah Pengajian Siswazah

Kursus Pemantapan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Sekolah Pengajian Siswazah

7 Mac 2025, Jumaat – Dalam usaha memantapkan pengamalan nilai Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) sedia ada, Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah menganjurkan satu sesi perkongsian Fasilitator EKSA UPM bersama warga SPS. Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Husaini Amir Nik daripada Pejabat Timbalan Dekan (Akademik dan Pelajar), Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

   

  

Kesemua staf dan pegawai SPS telah menghadiri sesi dua (2) jam yang bermula pada 2.30 petang itu. Encik Amir telah berkongsi pengetahuan beliau berdasarkan garis panduan terkini EKSA yang dipatuhi oleh UPM, menggunakan slaid PowerPoint beliau. Maklumat tersebut meliputi pengurusan ruang pejabat, kawalan keselamatan dan pengekalan imej korporat PTJ. Encik Amir juga berkongsi tips dan cara berkesan untuk mengekalkan semangat pengamalan EKSA dalam kalangan staf di SPS. Fasilitator jemputan juga membuka ruang kepada staf yang ingin bertanya soalan dan memberi pandangan berkenaan tajuk yang dibincangkan.

Pihak SPS sangat berbesar hati dengan kesudian Encik Amir untuk meluangkan masa berkongsi amalan pemantapan nilai Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bersama warga SPS walaupun dalam masa yang singkat. Sesi yang bertempat di Bilik Mesyuarat 1 (BM 1) itu telah berakhir sekitar 4.45 petang selepas sesi soal jawab dan dari staf dan sesi fotografi bersama semua staf dan pegawai SPS yang hadir.

Tarikh Input: 10/03/2025 | Kemaskini: 16/04/2025 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
X, (03:12:47pm-03:17:47pm, 21 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]