Lawatan Penanda Aras Oleh Pusat Pengajian Siswazah, UIS Ke Sekolah Pengajian Siswazah, UPM | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Lawatan Penanda Aras oleh Pusat Pengajian Siswazah, UIS ke Sekolah Pengajian Siswazah, UPM

Lawatan Penanda Aras oleh Pusat Pengajian Siswazah, UIS ke Sekolah Pengajian Siswazah, UPM

 

Lawatan Penanda Aras oleh Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Islam Selangor (UIS) ke Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia (UPM)

11 Mac 2025 - Sekolah Pengajian Siswazah berbesar hati menerima lawatan penanda aras oleh Pusat Pengajian Siswazah Universiti Islam Selangor (UIS). Delegasi yang diketuai oleh Dr. Maad Ahmad, Timbalan Pengarah PPS UIS telah disambut mesra oleh Prof. Dr. Zalilah Mohd Shariff, Dekan SPS UPM, Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain, Timbalan Dekan (Akademik, Kurikulum dan Data), Prof. Madya Dr. Nitty Hirawaty Kamarulzaman, Timbalan Dekan (Pengambilan, Perhubungan Institusi dan Bantuan Kewangan), Puan Norhasliza Hassan (Timbalan Pendaftar) dan barisan pegawai SPS UPM.

     

Lawatan tersebut telah memberikan pelbagai input bernilai kepada SPS dari segi struktur pengurusan pelajar siswazah, peranan pegawai yang dilantik dan kaedah/sistem yang digunakan oleh PPS UIS dalam mengendalikan para pelajar mereka. Prof. Dr. Zalilah berkongsi latar belakang pencapaian UPM, terutamanya di Sekolah Pengajian Siswazah, dengan penjelasan ringkas dan seterusnya menjemput pihak UIS untuk berkongsi pengisian seterusnya. Sesi selama 2 jam tersebut telah dilengkapi dengan sesi taklimat, sesi pengenalan, dan diakhiri dengan sesi lawatan ke fasiliti pelajar sekitar bangunan SPS bersama kesemua pegawai yang hadir.

Sekolah Pengajian Siswazah UPM mengucapkan terima kasih atas kunjungan yang penuh bermakna ini. Kami berharap dapat bekerjasama lebih lanjut dan menyambut kedatangan delegasi PPS UIS lagi di masa hadapan.

Tarikh Input: 11/03/2025 | Kemaskini: 17/04/2025 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
X, (02:24:03pm-02:29:03pm, 14 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]