Lawatan Penanda Aras Oleh Sekolah Pengajian Siswazah(SPS) UTM Ke Sekolah Pengajian Siswazah(SPS) UPM | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Lawatan Penanda Aras oleh Sekolah Pengajian Siswazah(SPS) UTM ke Sekolah Pengajian Siswazah(SPS) UPM

Lawatan Penanda Aras oleh Sekolah Pengajian Siswazah(SPS) UTM ke Sekolah Pengajian Siswazah(SPS) UPM

Lawatan Penanda Aras oleh Sekolah Pengajian Siswazah(SPS) UTM ke Sekolah Pengajian Siswazah(SPS) UPM

18 Disember 2024 - Sekolah Pengajian Siswazah berbesar hati menerima lawatan penanda aras oleh Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Delegasi yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Noor Hazarina Hashim, Pengerusi SPS UTM telah disambut mesra oleh Prof. Dr. Zalilah Mohd Shariff, Dekan SPS UPM, Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain, Timbalan Dekan (Akademik, Kurikulum dan Data), Prof. Dr. Rusmawati Said, Timbalan Dekan (Tesis, Hal Ehwal Pelajar dan Media) dan barisan pegawai SPS UPM.

  

  

Lawatan tersebut telah memberikan pelbagai input bernilai kepada SPS dari segi struktur pengurusan pelajar siswazah, peranan pegawai yang dilantik dan kaedah/sistem yang digunakan oleh SPS UTM dalam mengendalikan para pelajar mereka. Prof. Dr. Zalilah berkongsi latar belakang pencapaian UPM, terutamanya di Sekolah Pengajian Siswazah, dengan penjelasan ringkas dan seterusnya menjemput pihak UTM untuk berkongsi pengisian seterusnya. Sesi selama 3 jam tersebut telah dilengkapi dengan sesi taklimat, sesi pengenalan, dan diakhiri dengan sesi lawatan ke fasiliti pelajar sekitar bangunan SPS bersama kesemua pegawai yang hadir.

Sekolah Pengajian Siswazah UPM mengucapkan terima kasih atas kunjungan yang penuh bermakna ini. Kami berharap dapat bekerjasama lebih lanjut dan menyambut kedatangan delegasi SPS UTM lagi di masa hadapan.

Tarikh Input: 18/12/2024 | Kemaskini: 05/02/2025 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
W, (02:45:33am-02:50:33am, 14 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]