10 Disember 2024, Bangi – Dalam usaha untuk menambahbaik perkhidmatan sedia ada kepada pelajar, Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) UPM telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke Pusat Pengurusan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Objektif utama lawatan ini telah diadakan adalah bagi membuat penandaarasan pengurusan pentadbiran pelajar siswazah di UKM, iaitu termasuklah pengurusan penawaran program, urusan kemasukan pelajar baharu, proses candidature sepanjang pengajian(termasuk viva voce) dan pengursan jaminan kualitiprogram akademik serta melawat fasiliti berkaitan pengurusan pelajar siswazah di UKM.

Rombongan SPS UPM terdiri daripada 6 orang pegawai dan 24 orang staf daripada unit Pejabat Am Dekan, Unit Akademik dan Kurikulum, Unit Pengambilan, Perhubungan Institusi dan Bantuan Kewangan dan Unit Tesis. Turut serta wakil daripada Pusat Antarabangsa(i-Putra) adalah Encik Abdul Razif. Pasukan tersebut telah disambut baik oleh para pegawai UKM dan telah dibawa ke bilik mesyuarat bagi sesi taklimat.
Lawatan tersebut telah memberikan pelbagai input bernilai kepada SPS dari segi struktur pengurusan pelajar siswazah, peranan pegawai yang dilantik dan kaedah/sistem yang digunakan oleh kampus tersebut dalam mengendalikan para pelajar mereka. Sesi selama 3 jam tersebut telah dilengkapi dengan sesi taklimat, sesi pengenalan, dan diakhiri dengan sesi lawatan ke fasiliti pelajar sekitar bangunan UKM bersama kesemua pegawai yang hadir.
Moga usaha SPS UPM dalam meningkatkan mutu kualiti perkhidmatan pelajar pascasiswazah ini dapat memberikan impak yang signifikan kepada para pelajar UPM.


Tarikh Input: 10/12/2024 | Kemaskini: 05/02/2025 | aslamiah

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services