Lawatan Penanda Aras UMPSA Perkukuh Kerjasama Pengajian Siswazah | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Lawatan Penanda Aras UMPSA Perkukuh Kerjasama Pengajian Siswazah

Lawatan Penanda Aras UMPSA Perkukuh Kerjasama Pengajian Siswazah

Serdang, 13 November 2026 — Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia (UPM), telah menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada delegasi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah(UPMSA) pada jam 10.00 pagi.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik serta memperkukuh kerjasama strategik dalam pengurusan pengajian siswazah antara kedua-dua institusi. Delegasi UMPSA yang terdiri daripada pegawai pengurusan akademik dan pentadbiran siswazah telah diberi taklimat mengenai struktur pentadbiran, proses pengurusan akademik, serta inisiatif peningkatan kualiti yang dilaksanakan oleh Sekolah Pengajian Siswazah UPM.

 

 

Sepanjang sesi perbincangan, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai aspek utama pengurusan pelajar pascasiswazah, termasuk pemantauan kemajuan penyelidikan, pemerkasaan penyeliaan akademik, serta penggunaan sistem digital dalam tadbir urus pengajian siswazah. Delegasi turut menyertai sesi dialog interaktif bagi membincangkan cabaran semasa dan potensi penambahbaikan ke arah pengurusan akademik yang lebih cekap dan sistematik.

Lawatan tersebut turut membuka ruang kepada pengukuhan jaringan profesional serta perkongsian pengalaman dalam mempertingkatkan kualiti penyelidikan dan kebolehpasaran graduan pascasiswazah. Program diakhiri dengan sesi fotografi dan penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan serta kenangan lawatan.

Penganjuran sesi lawatan penanda aras ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua universiti dalam memperkasa tadbir urus pengajian siswazah serta memacu kecemerlangan akademik melalui kolaborasi strategik antara institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Tarikh Input: 13/11/2025 | Kemaskini: 26/02/2026 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
W, (02:01:36am-02:06:36am, 14 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]