16 Oktober 2024, Serdang - Sekolah Pengajian Siswazah (SGS) telah menganjurkan Majlis Angkat Sumpah dan Taklimat Pelajar Baharu Siswazah bagi Semester Pertama 2024/2025 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). Seramai lebih daripada 700 pelajar baharu siswazah yang baru mendaftar telah menghadiri majlis tersebut yang dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, YBhg. Dato' Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah. Kumpulan pelajar baharu ini terdiri daripada pelajar dari lebih 30 negara di seluruh dunia.


Lafaz ikrar simbolik telah diketuai oleh Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, sesi 2024/2025, Umairah Farisah Ahmad Yuzri. Ikrar ini melambangkan janji yang dibuat oleh pelajar baharu kepada pihak pengurusan Universiti untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan. Majlis ini diteruskan dengan taklimat daripada jabatan-jabatan utama yang terlibat secara langsung dalam pengurusan siswazah seperti SGS, Bendahari, Pusat Pembangunan Infokom (iDEC), Bahagian Keselamatan Universiti (APSEC), Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Pejabat Antarabangsa Putra (iPUTRA) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP). Pelajar berpeluang berinteraksi dengan penceramah pada penghujung setiap slot melalui sesi soal jawab.
Sebanyak enam (6) jabatan telah membuka gerai promosi mereka sebagai usaha untuk mempromosikan perkhidmatan sedia ada kepada pelajar siswazah. Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Pusat Peningkatan Kemahiran Bahasa (CALC), Pejabat Antarabangsa Putra (iPUTRA), RHB Bank dan SGS sendiri telah mengendalikan gerai masing-masing sehingga jam 4 petang.

YBhg. Dato' Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, telah menyatakan visi Universiti dalam melahirkan graduan siswazah berkualiti yang akan diserap ke dalam dunia akademik dengan kemahiran penyelidikan yang cemerlang. Program tersebut berakhir sekitar jam 4 petang dengan gerai promosi dan pengesahan dokumen bagi pelajar siswazah baharu.
Tarikh Input: 16/10/2024 | Kemaskini: 18/10/2024 | aslamiah

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services