Majlis Ikrar Dan Taklimat Pelajar Pascasiswazah Baharu Semester 2 Dan Trimester 3 2022/2023 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Majlis Ikrar dan Taklimat Pelajar Pascasiswazah Baharu Semester 2 dan Trimester 3 2022/2023

Majlis Ikrar dan Taklimat Pelajar Pascasiswazah Baharu Semester 2 dan Trimester 3 2022/2023

 
 

14 Mac 2023, Serdang - Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah menganjurkan Majlis Ikrar dan Taklimat bagi Pelajar Pascasiswazah Baharu Semester 2 dan Trimester 3 2022/2023 bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). Seramai 633 orang pelajar pascasiswazah baharu telah menghadiri majlis tersebut yang dirasmikan oleh Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Keseluruhan pelajar pascasiswazah baharu tersebut terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa dari lebih 30 negara.

Majlis Ikrar yang menjadi simbolik perjanjian antara pelajar dan pengurusan Universiti tersebut telah diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPM Sesi 2021/2022, Mohammad Haziq Zikri Bin Zainuri. Majlis tersebut kemudian diteruskan dengan sesi taklimat oleh PTJ-PTJ utama yang terlibat dalam pengurusan pelajar pascasiswazah seperti pengursan SPS, Bursar, Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Bahagian Keselamatan Universiti (BKU), Pusat Antarabangsa (iPUTRA) dan Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC). Pelajar juga telah berinteraksi dengan speaker setiap slot melalui sesi Q & A pada akhir setiap slot.

Sebanyak empat (4) PTJ telah mendirikan booth pameran dalam usaha pempromosian perkhidmatan yang tersedia untuk pelajar pascasiswazah. Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC), Bahagian Perumahan dan Penempatan (BPP) dan SPS telah mengendalikan slot pameran masing-masing sehingga jam 2 petang.

TNCAA dalam ucapannya telah menyatakan hasrat Universiti dalam melahirkan graduan siswazah yang berkualiti tinggi dan dapat dicerap ke dalam dunia akademik, berdasarkan keupayaan mereka sebagai seorang penyelidik berjaya. Program tersebut telah berakhir pada jam 2.30 petang, dengan sesi pameran dan verifikasi dokumen bagi pelajar baharu.

Tarikh Input: 15/03/2023 | Kemaskini: 28/04/2023 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEUQAL~