Majlis Watikah Perlatikan Postgraduate Student Ambassador (PGSA) Perkukuh Pembangunan Mahasiswa Pascasiswazah | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Majlis Watikah Perlatikan Postgraduate Student Ambassador (PGSA) Perkukuh Pembangunan Mahasiswa Pascasiswazah

Majlis Watikah Perlatikan Postgraduate Student Ambassador (PGSA) Perkukuh Pembangunan Mahasiswa Pascasiswazah

26 Ogos 2025 – Majlis Watikah Pelantikan ahli Postgraduate Student Ambassador (PGSA) telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian melalui platform Zoom. Majlis ini menyaksikan pemilihan dan pelantikan barisan mahasiswa pascasiswazah yang berkaliber bagi mewakili fakulti serta institut masing-masing di Universiti Putra Malaysia (UPM). Duta Pelajar merupakan elemen vital dalam memperkayakan pengalaman pengajian di sesebuah institusi. Keahlian PGSA merangkumi gabungan mahasiswa tempatan dan antarabangsa, yang di Malaysia lebih dikenali dengan istilah student buddies, duta, atau pegawai perhubungan. Kumpulan ini berperanan penting sebagai perantara yang diuruskan secara sistematik oleh jabatan khusus di universiti.

Tempoh Lantikan dan Syarat Keahlian Tempoh lantikan bagi setiap ahli PGSA adalah selama dua (2) semester dan boleh diperbaharui berdasarkan pencalonan semula oleh pihak fakulti, sekolah, atau institut. Walau bagaimanapun, keahlian ini akan ditamatkan secara automatik sekiranya status pengajian pelajar berubah kepada Ditamatkan (Terminated), Tangguh (Defer), Tarik Diri (Withdraw), Serah Tesis (Thesis Submitted), atau Tamat Pengajian (Completed).

Objektif Strategik PGSA Penubuhan PGSA digariskan dengan beberapa objektif utama bagi memacu kecemerlangan mahasiswa:

Kepimpinan Proaktif: 
Melatih mahasiswa pascasiswazah menjadi duta yang proaktif dalam merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti universiti.

Pembangunan Sahsiah:
Meningkatkan nilai tambah pelajar melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum yang memfokuskan kepada pembinaan karakter, kesedaran komuniti, dan pemantapan personaliti.

Jaringan Industri dan Alumni:
Memperkukuh hubungan antara mahasiswa pascasiswazah dengan alumni serta pihak industri bagi mempelbagaikan perspektif dan meluaskan rangkaian profesional mereka.

Inisiatif ini diharapkan dapat melahirkan graduan pascasiswazah yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mempunyai jati diri yang tinggi serta mampu berdaya saing di peringkat global.

Tarikh Input: 26/08/2025 | Kemaskini: 20/01/2026 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
W, (02:19:08am-02:24:08am, 14 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]