Mengukuh Kerjasama Bersama Komuniti - Lens Of Knowledge 2.0 : Colors With Community | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Mengukuh Kerjasama Bersama Komuniti - Lens of Knowledge 2.0 : Colors With Community

Mengukuh Kerjasama Bersama Komuniti - Lens of Knowledge 2.0 : Colors With Community

  

6 Ogos 2022, Serdang – Pembangunan sesebuah komuniti adalah menjadi tanggungjawab bersama setiap individu yang mempunyai kapasiti untuk menyumbang; biar dari segi kewangan, tenaga mahupun masa. Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) UPM, telah berganding bahu bersama Pejabat Ahli Undangan Negeri (ADUN) Nilai, Miss MalaysiaIndian Care (MMICARE) Association, Doctors On Ground! dan Pusat Pertanian Putra (PPP) UPM dalam melaksanakan projek bersama komuniti Nilai pada 4-6 Ogos 2022. Projek selama tiga (3) hari ini telah melaksanakan beberapa usaha utama dalam menambahbaik dan menceriakan dua (2) balai raya komuniti masing-masing di Pekan Nilai dan Batang Benar. Aktiviti utama seperti membersih, melukis mural, pemeriksaan kesihatan asas dan menanam anak pokok telah dilaksanakan sepanjang program ini.


YB Tuan Arul Kumar Jambunathan, ADUN Nilai, dalam ucapan perasmiannya telah
menyampaikan hasratnya untuk meneruskan lagi kerjasama berlandaskan kebajikan komuniti sebegini, diantara SPS UPM dan Pejabat ADUN Nilai pada masa akan datang. Beliau juga telah menekankan kepentingan nilai tanggungjawab terhadap komuniti yang perlu ada dalam diri setiap mahasiswa sebelum bergraduat dari Universiti. YB Tuan Arul Kumar yang juga merupakan alumni UPM kelas 2011, telah menyambut baik usaha SPS dalam membantu Pejabat ADUN Nilai membaikpulih dua (2) infrastruktur awam yang telah lama terbengakalai di kawasan tersebut.


Program ini telah turut disertai oleh komuniti tempatan Pekan Nilai lama dan komuniti kampung Batang Benar Nilai ketika aktiviti mencuci dan mengecat balai-balai komuniti yang telah dikenalpasti. Seramai 50 orang warga SPS, 10 wakil pelajar siswazah dan sekitar 50 orang wakil komuniti tempatan telah terlibat secara bergilir, sepanjang pelaksanaan program tersebut.

 

  

Tarikh Input: 23/08/2022 | Kemaskini: 02/09/2022 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
SXEZBAw~