8 Januari 2023, Serdang - Mesyuarat Pertama bagi lantikan baharu Jawatankuasa Kelab Sekolah Pengajian Siswazah Sesi 2023/2025 telah diadakan pada 8 Januari 2023 (Jumaat) bagi membincangkan cadangan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2023. Lantikan baharu Jawatankuasa Kelab Sekolah Pengajian Siswazah telah dibuat berdasarkan undian oleh semua staf SPS.
Kepimpinan kali ini diterajui oleh Cik Nadjla Ahmad Razei selaku Pengerusi. Terdapat lima (5) jawatankuasa dalam Kelab SPS iaitu, Badan Tertinggi, Kebajikan dan Keraian, Sukan dan Rekreasi, Keusahawanan dan Kelestarian Hijau dan Publisiti dan Arkib.
Dalam mesyuarat pertama JK Kelab SPS 2023/2025, Presiden juga telah menekankan tentang kepentingan objektif utama Kelab SPS iaitu untuk meraikan dan membantu staf dari segi pencapaian dan kebajikan. Selain itu, aktiviti yang dirancang juga bertujuan merapatkan hubungan antara staf SPS agar komunikasi ketika berurusan kerja rasmi lebih lancar.
Tarikh Input: 26/01/2023 | Kemaskini: 28/03/2023 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203