Sekolah Pengajian Siswazah telah menganjurkan Minggu Pendaftaran Pascasiswazah di Kompleks Akademik A, UPM sebagai pusat sehenti pendaftaran dari 28 Januari 2019 2018 hingga 8 Februari 2019. Lebih 800 pelajar pascasiswazah baharu telah mendaftar untuk Sarjana dan Doktor Falsafah semasa minggu pendaftaran. Berikut adalah langkah-langkah pendaftaran yang pelajar telah mengikuti:
Langkah 1: Pengesahan Visa & Pasport
• Pengesahan visa dan pasport pelajar antarabangsa.
Langkah 2: Pengesahan Laporan Pemeriksaan Perubatan
• Pengesahan laporan pemeriksaan kesihatan pelajar.
Langkah 3: Kaunter Senarai Semak
• Pemeriksaan semua dokumen yang diperlukan oleh pelajar (asal & salinan):
- Pasport
- Surat tawaran
- Dokumen akademik
- VAL
- Keputusan ujian kemahiran bahasa Inggeris
- Borang sokongan pemeriksaan perubatan
Langkah 4: Kaunter Bayaran
Pelajar membayar yuran pengajian penuh. Hanya pemindahan perbankan dalam talian dan kad kredit diterima.
Langkah 5: Kaunter Pendaftaran
• Calon yang memenuhi syarat menyerahkan semua dokumenpendaftaran dan mendapat nombor matrik pelajar mereka.
Para pelajar yang datang pada 28 Januari 2019 2018 hingga 8 Februari 2019 telah daftar di Kompleks Akademik A. Sementara itu, pelajar yang datang selepas tarikh itu telah menjalani langkah 1-5 di pejabat-pejabat berkaitan.
Semua pelajar pascasiswazah baharu yang telah mendaftar dijemput untuk Taklimat dan Majlis Ikrar Pelajar Baharu Siswazah pada 19 Februari 2019.
Tarikh Input: 28/02/2019 | Kemaskini: 15/10/2019 | azimin
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203