Terdapat lebih 1,000 pelajar pascasiswazah telah mendaftar untuk Sarjana dan Doktor Falsafah di Universiti Putra Malaysia semasa acara pendaftaran yang telah diadakan selama 2 minggu di Kompleks Akademik A, UPM. Hari pendaftaran itu bermula dari 26 Ogos 2019 hingga 6 September 2019. Seramai 300 orang pelajar baharu antarabangsa yang datang dari 32 negara telah mendaftar pada hari tersebut. Manakala seramai 700 orang pelajar tempatan dari pelbagai negeri juga turut mengisi boring permohonan. Minggu Pendaftaran ini dianjurkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah untuk pelajar yang telah diterima di Universiti Putra Malaysia. Berikut adalah langkah-langkah pendaftaran yang pelajar baharu telah lalui:
Langkah 1: Pengesahan Visa & Pasport
• Pengesahan visa dan pasport pelajar antarabangsa.
Langkah 2: Pengesahan Laporan Pemeriksaan Perubatan
• Pengesahan laporan pemeriksaan kesihatan pelajar.
Langkah 3: Kaunter Senarai Semak
• Pemeriksaan semua dokumen yang diperlukan oleh pelajar (asal & salinan):
- Pasport
- Surat tawaran
- Dokumen akademik
- VAL
- Keputusan ujian kemahiran bahasa Inggeris
- Borang sokongan pemeriksaan perubatan
Langkah 4: Kaunter Bayaran
Pelajar membayar yuran pengajian penuh. Hanya pemindahan perbankan dalam talian dan kad kredit diterima.
Langkah 5: Kaunter Pendaftaran
• Calon yang memenuhi syarat menyerahkan semua dokumenpendaftaran dan mendapat nombor matrik pelajar mereka.
Pelajar yang datang pada 26 Ogos - 6 September 2019 telah berdaftar di Kompleks Akademik A. Sementara itu, pelajar yang datang selepas 6 September 2019, telah melakukan langkah 1-5 di pejabat yang berkaitan.
Tarikh Input: 17/09/2019 | Kemaskini: 15/10/2019 | azimin
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203