(Artikel ini telah disumbangkan oleh Md Asadul Islam, pelajar PhD dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM)
Persidangan Antarabangsa memberi peluang kepada siswazah tempatan dan antarabangsa untuk membina rangkaian yang kukuh. Penyertaan dalam persidangan antarabangsa ini juga akan memberi peserta-peserta peluang untuk berkongsi tentang penyelidikan mereka kepada para hadirin dari pelbagai negara.
Bagaimana jika anda diberikan hanya 15 minit untuk berkongsi tentang penyelidikan anda di hadapan khalayak ramai yang para hadirinnya datang dari 33 negara?
Pastinya mencabar apabila membentangkan kertas dalam persidangan sedemikian apabila peserta-peserta terdiri daripada 24 negara termasuk Amerika Syarikat, Argentina, Kanada, Australia, Norway, Portugal, Perancis, Afrika Selatan, Korea Selatan, Mesir, Filipina, Indonesia, Bangladesh, India, Ethiopia , Iran, Pakistan, Nigeria, Sepanyol, Thailand, China, Malaysia, Taiwan dan India. Terdapat juga pendengar dari 9 negara termasuk Turki, Sierra Leone, Tunisia, Maghribi, Ghana, Nepal, Gambia dan Kenya.
Md Asadul Islam, pelajar PhD dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi Anugerah Kertas Terbaik dalam Persidangan Antarabangsa Singapura Sains Sosial & Kemanusiaan (ICSSH) ke-4.
Kertas pembentangan terbaik itu bertajuk “Impact of Empowerment, Flexibility and Trust on Women‘s Access to Senior Positions in the RMG industry of Bangladesh” dan penyelia Md Asadul Islam adalah Dr Amer Hamzah Jantan. Perjalanan, penginapan, makanan dan kos-kos lain untuk persidangan itu ditaja oleh Sekolah Pengajian Siswazah (SGS), UPM.
Md Asadul Islam berterima kasih kepada penyelianya dan Kumpulan Sokongan Persidangan SGS kerana membantunya menyiapkan kertas pembentangan serta selalu memberi motivasi kepadanya untuk membuat pembentangan.
![]() |
![]() |
Asadul Islam menyampaikan pembentangannya
Md Asadul Islam dengan beberapa perwakilan di hadapan dewan persidangan di Nanyang Technological Univerisity
Md Asadul Islam dalam sesi Q & A di persidangan itu
Md Asadul Islam dengan penyelianya, Dr. Amer Hamzah Jantan, yang sentiasa memberi sokongan kepadanya
Sijil Penyampaian Kertas Terbaik untuk Md Asadul Islam. Sijil itu dihantar ke Asadul Islam pada 20 Jun oleh Sekretariat Persidangan
Tarikh Input: 27/08/2018 | Kemaskini: 28/09/2018 | azimin
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services