Kebiasaannya disertasi mengandungi lebih daripada 50,000 patah perkataan dan akan mengambil masa berjam-jam untuk membentangkannya. Bagaimana jika anda hanya ada 3 minit? Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia telah memenangi kategori "Best of the Best" dalam pertandingan Tesis 3 Minit (3MT) pada tahun ini.
Yasmin Mustapha Kamil, seorang pelajar PhD berumur 29 tahun dari Fakulti Kejuruteraan telah mengalahkan 61 peserta lain yang mana kesemuanya dari 22 universiti tempatan. Pertandingan itu dianjurkan di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak pada June 27, 2018 yang lalu.
Pembentangan yang menjuarai pertandingan itu bertajuk "You can no longer hide from us now, Dengue!". Penyelia Yasmin ialah Dr. Muhammad Hafiz Abu Bakar dari Fakulti Kejuruteraan.
Pemenang itu telah memenangi wang tunai RM1,500 dan sekeping sijil. Yasmin akan mewakili Malaysia dalam pertandingan Tesis 3 Minit peringkat antarabangsa di Brisbane, Australia pada September 27, 2018 yang akan datang.
Pertandingan 3MT mula dilancarkan pada 2008 di University of Brisbane sebagai cara untuk pelajar membentangan penyelidikan mereka dalam masa 3 minit hanya menggunakan 1 slaid. Cabarannya adalah menyampaikan maklumat yang rumit secara berkesan dan menarik kepada panel juri dan juga penonton.
Yasmin juga telah memenangi tempat pertama dalam kategori kejuruteraan dengan mendapat wang tunai berjumlah RM1,500 dan sekeping sijil.
Peserta kedua dan ketiga dari UPM ialah Clement Wong Kiing Fook dan Nor Tutiaini Ab. Wahid dengan pembentangan 3MT bertajuk “Going Bananas! The Frantic Tug-of-War Between Microbes” dan “You Asked For It! Problem Posing Instructional Strategy (PPIS)”, diselia oleh Dr. Dzarifah Mohamed Zulperi dan Dr. Othman Talib.
Dari kiri, Prof. Dr. Nor Aini Ab Shukor (Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah UPM) dan peserta-peserta 3MT: Nor Tutiaini Ab. Wahid, Yasmin Mustapha Kamil, Clement Wong Kiing Fook dan Encik Mohamad Hafiz Mohamad (Penolong Pendaftar)
Dari kiri, Prof. Dr. Nor Aini Ab Shukor (Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah UPM), Prof. Dr. Robiah Yunus (Dekan Sekolah Pengajian Siswazah) dan peserta-peserta 3MT: Nor Tutiaini Ab. Wahid, Yasmin Mustapha Kamil, Clement Wong Kiing Fook dan Encik Mohamad Hafiz Mohamad (Penolong Pendaftar)
Peserta-peserta 3MT: (Dari kiri) Nor Tutiaini Ab. Wahid, Yasmin Mustapha Kamil dan Clement Wong Kiing Fook
Yasmin Mustapha Kamil memenangi hadiah pertama dalam kategori kejuruteraan
Yasmin Mustapha Kamil memenangi kategori "Best of the Best" dalam pertandingan Tesis 3 Minit (3MT) Malaysia 2018
Tarikh Input: 06/07/2018 | Kemaskini: 31/07/2019 | azimin
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203