Serdang - Lebih daripada 1300 pelajar pascasiswazah telah mendaftar untuk sambung belajar Sarjana dan PhD di Universiti Putra Malaysia semasa minggu pendaftaran yang berlangsung di Kompleks Akademik A, UPM dari 27 Ogos 2018 hingga 7 September 2018.
Minggu pendaftaran telah dianjurkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah untuk pelajar yang telah menerima tawaran sambung belajar di Universiti Putra Malaysia.
Pengambilan pelajar pascasiswazah untuk Semester Pertama 2018/2019 (setakat 18/9/2018) telah meningkat sebanyak 5.85% berbanding pengambilan Semester Pertama 2017/2018. Jumlah pendaftaran pelajar bagi tahun 2018 adalah 11,459. Peningkatan dalam jumlah pengambilan pelajar adalah sejajar dengan visi UPM untuk menjadi salah satu universiti penyelidikan utama Malaysia dan mencapai sasaran 13,000 pelajar pascasiswazah menjelang 2020. Daripada 1344 pelajar pascasiswazah yang baru mendaftar, 247 adalah pelajar antarabangsa dari lebih 20 negara dan 1097 adalah pelajar tempatan.
Tarikh Input: 31/08/2018 | Kemaskini: 28/09/2018 | azimin
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203