Majlis Konvokesyen UPM ke-46 Kampus Bintulu diadakan julung kalinya secara berasingan dengan Majlis Konvokesyen UPM Kampus Serdang pada tahun ini. Majlis akan diadakan pada 1 November 2022 bertempat di Dewan Sri Kenyalang, UPM Kampus Bintulu, Sarawak. Proses pengambilan jubah konvokesyen telah diadakan pada 15 - 17 Oktober 2022 di Dewan Kuliah Akademik Pusat (DKAP), UPM Serdang, Selangor dan pada 23 - 25 Oktober 2022 di Bilik Jubah, Dewan Sri Kenyalang UPM Kampus Bintulu, Sarawak.
Lebih kurang 20 orang graduan PhD dan Master daripada Fakulti FKPS dan FSPH yang akan bergraduat di Majlis Konvokesyen UPM Ke-46 Kampus Bintulu.
Proses Pengambilan Jubah bagi graduan UPMKB adalah sama seperti sebelumnya iaitu,
Sebelum hadir ke kaunter pengambilan jubah pastikan graduan lengkapkan dan bawa ‘Borang Jubah Akademik’ dan slip pengesahan di paparan akhir ‘Graduate Tracer Study’ di https://graduate.mohe.gov.my/SKPG1/.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 17/10/2022 | Kemaskini: 03/11/2022 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203