
18 Julai 2024, Serdang – Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) telah menjalani sesi Penilaian Peringkat Kedua Bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (EKSA) Sempena HKIP Tahun 2023/2024. Puan Marziati Md Din daripada Bahagian Audit Dalam UPM dan Puan Mahani Amat @ Halimi daripada Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) telah menjalankan amanah mereka sebagai auditor yang dilantik untuk membuat penilaian di SPS. Sesi pembukaan audit telah dimulakan dengan ucapan pengenalan oleh Timbalan Pendaftar SPS, Puan Norhasliza Hassan dan diteruskan dengan pembentangan berkenaan amalan EKSA semasa di SPS oleh penyelaras EKSA SPS, Puan Nur Nadiah Abdul Rahman.
Para auditor kemudiannya telah dibawa sekeliling bangunan SPS untuk proses penilaian disemua zon yang meliputi bilik para pegawai, pejabat/kaunter dan ruang guna sama. Pelbagai soalan telah diutarakan berkenaan amalan semasa dan usaha penambahbaikan yang telah dilakukan oleh PTJ dalam memperbudaya objektif EKSA. Pegawai Bertanggungjawab (PYB) yang dilantik bagi setiap bilik atau ruang juga telah berkongsi dan membentangkan tentang amalan EKSA yang diterapkan di bilik atau ruang tersebut.
Proses penilaian yang mengambil masa selama 2 jam itu telah ditutup dengan sesi maklum balas daripada para auditor bersama Jawatankuasa EKSA SPS di Bilik Mesyuarat 1. Pelbagai idea dan pandangan telah dikongsikan oleh para auditor untuk ingatan bersama ahli SPS bagi penambahbaikan amalan EKSA pada masa akan datang. Sedikit cenderamata disampaikan kepada para auditor dan sesi berfoto diadakan untuk kenang-kenangan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 18/07/2024 | Kemaskini: 19/07/2024 | aslamiah

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor
Contact List by Unit
Staff and Services