Penjurian Pertandingan Sudut Bacaan Read@Uni UPM Di Sekolah Pengajian Siswazah | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
» BERITA » Penjurian Pertandingan Sudut Bacaan Read@Uni UPM di Sekolah Pengajian Siswazah

Penjurian Pertandingan Sudut Bacaan Read@Uni UPM di Sekolah Pengajian Siswazah

10 Julai 2024, Rabu - Penjurian Pertandingan Sudut Bacaan Read@Uni UPM di Sekolah Pengajian Siswazah telah dilaksanakan oleh dua juri yang dilantik, Cik Nazibah Kamaruddin dan Encik Khairul Anwar Zulkifli daripada Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM. Penjurian dimulakan dengan sesi bergambar bersama juri untuk kenang-kenangan, sesi pembentangan dan seterusnya lawatan ke Sudut Bacaan SPS. Pembentangan telah disampaikan oleh Puan Norhasliza Hassan selaku Timabalan Pendaftar Sekolah Pengajian Siswazah manakala sesi penerangan selanjutnya di Sudut Bacaan SPS disampaikan oleh Puan Izura selaku Penolong Pendaftar Unit Tesis Sekolah Pengajian Siswazah.

Istimewanya Sudut Bacaan SPS adalah penggunaan teknologi IT, iaitu pinjaman dan rekod buku menggunakan sistem Putra-iRead. Putra i-Read pernah memenangi Anugerah Gangsa dalam pertandingan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Kategori Pengurusan di Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan UPM 2022. Penggunaan sistem Putra-iRead tidak terhad hanya kepada staf malahan boleh digunakan oleh pelajar dan pelawat dari luar. Penggunaannya mudah difahami dan lengkap beserta sinopsis setiap buku yang terdapat di rak yang disediakan. Inovasi ini memudahkan proses rekod pinjaman seperti tempoh pinjaman, butiran peminjam dan kod buku.

Penjurian berlangsung secara ringkas dan padat bermula jam 3 petang dan berakhir pada jam 4 petang dengan penyampaian cenderamata daripada Sekolah Pengajian Siswazah kepada kedua-dua juri yang terlibat.

  

  

Tarikh Input: 10/07/2024 | Kemaskini: 11/07/2024 | aslamiah

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4225
-
W, (02:46:23am-02:51:23am, 14 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]