Pada hari Isnin, 16 November 2020 kali pertama Mesyuarat Staf Sekolah Pengajian Siswazah diadakan secara maya dihoskan oleh Encik Hafiz Mohamad, Penolong Pendaftar SPS menggunakan aplikasi Cisco Webex Meeting. Mesyuarat dihadiri hampir 50 orang staf SPS.
Mesyuarat diadakan bagi membincangkan hal-hal berkaitan SPS dan mengalu-alukan kehadiran staf baharu SPS, Puan Zainor Mazwin Zainal, Cik Nur Nadjla Ahmad Razei dan Cik Ummi Nadhirah Yusof. Majlis juga meraikan dan mengucapkan tahniah kepada staf yang dinaikkan pangkat iaitu Tuan Haji Azmin Jauhari Haji Abas, Cik Sharifah Saidinatul Amira Syed Ghazali Jalalulin, dan Cik Siti Nurhasni Ramli.
Mesyuarat bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.
Gambar sebelum PKPB dijalankan.
Tarikh Input: 30/11/2020 | Kemaskini: 04/12/2020 | aslamiah
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang ,Selangor
(Academic)
03-9769 4225
(Admission)
03-9769 4218
(Thesis)
03-9769 4210
(Financial Aid)
03-9769 4138
(ICP)
03-9769 4203